Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Selama Ni Hasil Kerja Saya Dari Duit Haram Ke?- Janna Nick Komen Isu Netizen Pertikai Pembinaan Pusat Tahfiz

Janna mengakuinya sebagai dugaan besar untuk menyiapkan pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.

by Naddy Joe
May 9, 2022
Share on Facebook

Sebelum ini, penyanyi, pelakon, dan pengacara, Janna Nick berkongsikan kepada peminat mengenai perancangannya untuk membina sebuah pusat tahfiz di Kampung Bukit, Kechil, Simpor, Kedah.

Menerusi hantaran di instagram, Janna dilihat memuatnaik tangkap layar oleh seorang wartawan tempatan dan mengakuinya sebagai dugaan besar untuk menyiapkan pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.

“Tolong jawab kan jap. Tak tahu macam mana nak jawab soalan ni. Dugaan besar nak siapkan #KOMPLESTAHFIZANAKYATIMNURULJANNAH.”-Janna Nick

via Instagram Janna Nick

Tambahnya lagi, Janna turut mempersoalkan netizen yang mempersoalkan tindakannya dalam membina Pusat Tahfiz dan anak yatim.

“Selama ni hasil kerja saya dari duit yang haram ke?”-Soal Janna

Pelbagai Reaksi Rakan Artis & Netizen

via Instagram Janna Nick

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen tampil memberikan pelbagai reaksi mereka. Malah ada menitipkan pesanan buat Janna untuk mengabaikan komen negatif terhadap dirinya.

“Harap yang punya pendapatan yang halal mendermalah #KOMPLEKTAHFIZANAKYATIMNURULJANNAH. ARTIS jangan berangan nak menderma ya. Simpan lah duit kalian untuk kegunaan diri dan keluarga sahaja.”-Fauziah Nawi

“Jangan jawab Janna. Nanti orang pusing lain pulak jawapan Janna. Ni niat antara Janna dengan Allah. Hanya Allah tahu niat Janna.”

“Ignore the negative vibes. Saya tahu Kak Janna berusaha kuat. jangan sedih okay.”

“Kami sokong usaha @jannanick lagipun dekat dekat rumah kami. Allah saja berhak menilai abaikan penilaian manusia.”

“Takpayah reply toxic ni semua. Kemuliaan ni antara adik @jannanick dengan Allah SWT sahaja..”

via Instagram Janna Nick

Menurut laporan Harian Metro, Janna memilih lokasi di Kampung Bukit Kechil kerana di situ merupakan tempat dia membesar selain memberi kepercayaan penuh kepada AJK masjid yang sememangnya ahli keluarga sendiri. Tambahnya lagi, pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Janna itu menelan kos kira-kira RM6 juta.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
janna nick
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  4. 4

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  5. 5

    Aisar Khaled Mahu Bantu Pembantu Rumah Dera Anak Majikan, Wak Doyok Beri Pesanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara