Monday, February 6, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Trending

Kenyataan YouTuber ‘Hijabi’ Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Kenyataan yang dikeluarkan mendapat pelbagai respon dan komen orang ramai di media sosial

by Mas Ayu
May 12, 2022
via Twitter

via Twitter

64
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial baru-baru ini, bila mana sebuah video yang disiarkan oleh media antarabangsa terkenal mendapat perhatian ramai warganet di Twittter.

Rasa Apa Yang Dilakukan Betul

Kontroversi yang hangat diperkatakan adalah kenyataan dan pandangan yang dikongsikan Sabrina Azhar menerusi rakaman video yang tular di laman Twitter.

Sabrina yang kini merupakan seorang penuntut di sebuah universiti di Korea Selatan, merupakan YouTuber dan juga seorang penari yang banyak menari tarian K-pop di media sosial.

Menerusi rakaman video yang tular, Sabrina berkongsi pandangan dan menjawab spekulasi tentang imej wanita muslim berhijab yang dibawanya sambil melakukan aktiviti tarian K-pop yang diminati secara terbuka.

“Saya dari Malaysia. Sekarang ini saya berada di Korea Selatan. Saya 22 tahun. Saya datang ke Korea untuk belajar dan sambil belajar saya menceburi dunia menghasilkan konten di media sosial.

Jika anda tanya segelintir orang, mereka akan kata “oh, wanita Islam tak sepatutnya menari” atau ” wanita tidak sepatutnya menyanyi”. Tapi ada segelintir orang yang “Anda tahu ini dah abad ke-21”.

Maksud saya, kita sememangnya tidak dibenarkan untuk twerk (lakukan pergerakan yang provokatif). Tapi masih ada orang yang percaya yang “Oh, kita tak sepatutnya tayang diri di media sosial.”

Pada saya, saya rasa, selagi saya fikir apa yang saya lakukan itu betul. Saya tidak memudaratkan sesiapa, jadi saya tidak fikir ia sepatutnya menjadi masalah.” Ujarnya

via Twitter

Jalani Gaya Hidup Yang Dingini

Dalam pada itu, Sabrina juga berpendapat wanita berhijab perlu lebih berkeyakinan dalam melakukan apa jua yang diminati dengan lebih berani.

Menurut YouTuber ini lagi, dia berasa yakin memakai hijab dan dalam masa yang sama dirinya juga meminati menari, dan memilih menggabungkan dua perkara tersebut sebagai pilihan gaya hidup yang ingin dijalaninya.

Ada orang yang seperti “Oh, anda memalukan Islam.” “Anda tidak sepatutnya memakai hijab, anda patut bukanya.” “Apa gunanya pakai hijab jika anda menari?” Saya dapat banyak komen seperti ini.

Bila mereka fikir tentang hijab, mereka seperti “Oh, anda perlu tutup diri anda, anda patut sembunyi, anda tak boleh bangga dengan diri anda”. Anda tahu maksud saya? Anda tak boleh rasa yakin jika anda memakai hijab.

Saya yakin memakai hijab. Saya sukakannya. Tapi saya juga suka menari. Jadi saya gabungkan keduanya.

Saya tak boleh kawal apa yang orang lain cakap. Saya hanya boleh kawal apa yang saya rasa. Jadi saya pilih untuk hiraukan apa saja kutukan yang saya terima.

Saya fikir hijabi muda tidak perlu takut untuk yakin dengan diri mereka sendiri. Macam saya, saya perlu belajar untuk beritahu semua orang inilah bagaimana saya jalani hidup saya.” Katanya

"I like my hijab and I like dancing."

How this young K-pop dancer from Malaysia deals with hate comments

More on how K-pop conquered the world https://t.co/qR2LK84ua3 pic.twitter.com/topbD7Ujo8

— BBC World Service (@bbcworldservice) May 10, 2022

Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Mendengar kenyataan yang dikeluarkan Sabrina itu mengundang pelbagai reaksi dan respon orang ramai khususnya yang beragama Islam di media sosial.

“Anda boleh lakukan apa yang anda mahukan tapi jangan libatkan agama anda sekali. Berhati-hati dengan kenyataan anda”

“Juga, kepada semua hijabi. Ingat ini, menari bersama hijab, bukanlah cara untuk tunjukkan keyakinan anda”

“Patut Sabrina kena letak disclaimer, ini adalah pilihan peribadi saya. Pandangan peribadi dan tidak melambangkan kepercayaan Islam langsung” nasihat netizen

via Twitter

“Anda tak memudaratkan sesiapa tapi anda merisikokan pemahaman orang tentang Islam! Apa guna pakai tudung tapi menari dengan pergerakan sensual seperti itu?”

“Maaf nak cakap sebab kenyataan berbahaya macam ni lah yang buatkan orang ingat wanita Islam hidup macam dalam gua, macam tak boleh nak buat apa dan tak boleh nak putuskan apa saja dalam hidup..” komen netizen

Apa pandangan anda tentang isu ini?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: IslamPenari K-popSabrina Azharyoutuber
Share26Tweet16SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Sangat ‘Wow’! Pameran ‘Van Gogh Alive’ Di KL Dibuka Esok
Jalan-Jalan

Sangat ‘Wow’! Pameran ‘Van Gogh Alive’ Di KL Dibuka Esok

by Naddy Joe
December 16, 2022
Umur 31 Jadi CEO Lantikan Politik, Undang Respon Kurang Enak Netizen
Lokal

Umur 31 Jadi CEO Lantikan Politik, Undang Respon Kurang Enak Netizen

by Mas Ayu
December 16, 2022
Tanah Runtuh Di Father’s Organic Farm, Anwar Ibrahim Beri Peringatan Kepada Menteri
Lokal

Tanah Runtuh Di Father’s Organic Farm, Anwar Ibrahim Beri Peringatan Kepada Menteri

by Mas Ayu
December 16, 2022
Taslima Nasreen Persoal Aurat Isteri Pemain Bola Sepak Morocco?
Trending

Taslima Nasreen Persoal Aurat Isteri Pemain Bola Sepak Morocco?

by Mas Ayu
December 12, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  3. 3

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan