Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Ada Yang Sebak Walau Di Lorong Gelap”- Ebit Lew Kongsi Pertemuannya Bersama Transgender Di Surabaya

Pendakwah bebas ini menceritakan bahawa mereka berasa sedih apabila disuap makanan dan berkongsi cerita tentang iman bersamanya.

by Naddy Joe
May 13, 2022
41
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendakwah terkenal, Ebit Lew tampil membuat perkongsian bersama pengikut di media sosial mengenai pertemuannya bersama golongan transgender atau maknyah yang berkerja di Surabaya, Indonesia.

Ziarah Golongan Transgender Di Surabaya

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Ebit Lew dilihat sedang berbual bersama golongan transgender serta menyampaikan dakwah kepada mereka.

“12 malam tadi saya ziarah transgender/ maknyah yang bekerja di lorong gelap di Surabaya. Sebaik saya sampai saya beri salam dan berbual tanya khabar dan dakwah iman pada mereka.

Mereka kata eh, ini Ebit Lew yer? Yang suap anak Punk makan yer? Macam mimpi jumpa di sini.”-Ebit Lew

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Belanja Makan Malam Di Hotel

via Instagram Ebit Lew

Tambahnya lagi, dia turut membelanja makan malam golongan transgender itu selain membenarkan mereka untuk bertanyakan sebarang soalan kepadanya.

“Mereka tanya pasal solat dan lain-lain. Doa-doa. Saya terus kata malam ni semua cuti boleh. Saya nak belanja makan di hotel serta boleh tanya apa sahaja.

Mereka gembira untuk ikut. Sampai di hotel, banyak soalan dan luahan mereka. Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram.”-Ebit Lew

“Menangis Mereka Bila Saya Suap Dan Berkongsi Cerita Iman”

Pendakwah bebas ini menceritakan bahawa mereka berasa sedih apabila disuap makanan dan berkongsi cerita mengenai iman bersamanya kerana mereka sudah lama tidak mendengar semua itu.

“Menangis mereka bila saya suap dan berkongsi cerita iman dengan kasih sayang. Walau sekejap terus rapat dan macam kawan-kawan. Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu nasihat dan kasih sayang.

Mereka kata kami dah lama tak dengar semua ini. Tak pernah rasa dalam hidup dilayan begini dan dinasihati begini. Kami berkongsi nasihat dan belajar solat sampai dekat Subuh. Khusyuk dan tekun mereka mendengar.”-Kongsi Ebit Lew

via Instagram Ebit Lew

Sebelum ini, Ebit Lew pernah membuat perkongsian mengenai pertemuannya bersama sekumpulan remaja ‘punk’ di Jakarta. Dia turut memberitahu dirinya telah membelanjakan majlis berbuka puasa dan membelikan baju raya serta solat dan tazkirah bersama golongan punk tersebut

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Ebit Lew Ziarah Mak Wan Latah & Mak Engku, Netizen Sebak!
Ebit Lew
https://lomp.at/r8xo7
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem