Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Ini Alasan Kenapa Freestyle Boleh Menjadi Teman Hiburan Terbaik Anda

by Phic ARMAN
May 25, 2022
Share on Facebook

SAMSUNG sentiasa mempersembahkan inovasi yang bermanfaat untuk kehidupan pengguna termasuk generasi muda di Malaysia mahupun di serata dunia. Salah satunya dengan membawakan The Freestyle, peranti projektor mudah alih pelbagai fungsi untuk menikmati kandungan dengan mudah di pelbagai tempat. Bagaimana The Freestyle ini boleh menjadi teman hiburan terbaik anda?

Bawa Sekali Pergi Camping

Sebaik sahaja kami menggunakannya, ternyata memang benar, peranti ini boleh menjadi teman hiburan terbaik anda. Salah satu alasannya ialah The Freestyle sangat kompak dan beratnya hanya 830 gram. Hanya masukkan The Freestyle dan powerbank ke dalam beg galas anda dan anda sudah bersedia untuk pergi ke mana-mana, mengembara ke luar bandar, malah untuk berkhemah.

Untuk kebebasan menikmati hiburan tanpa had di mana-mana dan pada bila-bila masa, dengan The Freestyle anda boleh menikmati siri atau filem kegemaran anda di Netflix, YouTube, dan banyak lagi, dalam pelbagai tempat, walaupun dalam khemah.

Majlis Hari Jadi Lebih Meriah Dengan The Freestyle

Selain itu, hanya dengan The Freestyle anda dapat memeriahkan lagi parti atau majlis. Jika anda merancang untuk mengadakan majlis hari jadi,  gunakan The Freestyle untuk memainkan senarai main yang memeriahkan suasana parti, sambil menayangkan tayangan slaid atau cahaya ambien yang menyokong mood.

The Freestyle Jadi Peneman Anda Bersenam

Jika anda yang gemar melakukan senaman harian, The Freestyle boleh jadi peneman anda setiap hari. Dengan The Freestyle, anda boleh melakukan sesi yoga, bermeditasi atau mengikuti tutorial senaman di mana-mana sahaja.

Contohnya, tayangkan tutorial yoga  daripada video YouTube pada dinding anda. Jika anda ingin melakukan recovery, lakukan meditasi dengan memainkan muzik, mirroring dari telefon pintar anda dan jangan lupa sertakan lampu ambien. Ya, ia telah dilengkapi dengan ciri pencerminan atau mirroring dengan aplikasi SmartThings untuk telefon pintar Android dan iOS, dan menghantar melalui Tap View untuk telefon pintar Samsung Galaxy.

Memang Mudah!

The Freestyle mampu membetulkan gambar konten visual yang diprojekkan ke dinding dengan lurus dalam masa yanh singkat. Ini kerana terdapatnya ciri auto keystone untuk membetulkan sudut gambar pada permukaan senget. Sehingga gambar tampil dalam layar persegi panjang tegak dan lurus.

Kemudian ciri meratakan automatik memastikan imej kekal dalam kedudukan mendatar walaupun ia ditayangkan dari permukaan yang condong atau tidak rata. Ciri fokus auto memastikan imej kekal tajam dan jelas dari sebarang sudut.

https://www.youtube.com/watch?v=6lnY8oqVh3A

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara