Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Rozita Ibrahim Percaya Teknik Urutan Tradisional Bagus Untuk Kaum Wanita

Rozita percaya urutan tradisional yang digunakan Rumah Hutan dapat bantu kaum wanita yang alami masalah dalaman

by Puteri Alia
May 23, 2022
via Instagram Rozita Ibrahim

via Instagram Rozita Ibrahim

Share on Facebook

Pengasas Jamu Ratu Malaya dan Rumah Hutan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai bonda Rozita kini di lihat sibuk berkongsi ilmu dan maklumat tentang urutan tradisional di media sosialnya.

Rumah Hutan Patuh Syariah

Rozita yang aktif dalam perniagaan Jamu Ratu Malaya ini di lihat memberi fokus pula dalam perusahaan pusat urutan tradisional yang diasaskannya dan dikenali sebagai Rumah Hutan. Kini Rozita banyak berkongsi tentang manfaat urutan tradisional di media sosialnya.

Dalam video yang dimuatnaik, Rozita mendedahkan Rumah Hutan telah dibangunkan sejak empat tahun lalu dan memiliki staf urutan yang berpengalaman dan pakar dalam seni urutan tradisional badan dan patuh syariah.

“Rumah Hutan dah lebih empat beroperasi untuk urutan tradisional. Kita ada wanita-wanita yang sangat pakar. Dekat sini bonda buat macam mana tau, bonda buat sangat bersistem syariah compliant. Wanita urut wanita. Lelaki urut lelaki.” Ujarnya

View this post on Instagram

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim)

Rawatan Alternatif Tanpa Kos Mahal

Melihat penulisan Rozita pula, wanita ini mendedahkan beliau mengetahui tentang urutan tradisional ini menerusi arwah neneknya dan meneroka bidang tersebut kerana percaya ilmu urutan tradisional sangat bagus dan memberi banyak manfaat.

Menurut Rozita lagi, urutan tradisional ini juga merupakan salah satu rawatan alternatif untuk wanita dan pasangan suami isteri tanpa perlu mengeluarkan kos yang mahal.

“Saya tahu tentang urutan kerana arwah nenek rajin bercerita – Zaman dulu tentang bentan – Keluar peranakan – Pantang.

Saya teroka dan perhatikan pada badan saya dan kenalan yang merujuk pada saya. Masya Allah sangat bermanfaat ilmu ni. “Rawatan alternatif tanpa pembedahan dan kos yang mahal”

Saya yakin teknik saya buat dalam urutan – Herba yang saya makan bagus untuk kesihatan saya, baru saya jual sebagai produk.” Dedahnya

Tukang Urut Mahir

Rozita juga mendedahkan bahawa tukang urut di Rumah Hutan sangat mahir dan pakar dalam mengenal saraf dan organ penting wanita, dan menawarkan pakej urutan istimewa buat kaum hawa yang mempunyai masalah dalaman.

“Bukan senang nak jumpa tukang urut mahir macam ni.. !! Kepakaran mengenal saraf dan organ penting wanita, untuk masalah organ peranakan wanita, prolapse atau tombong – Nak hamil, urutan lepas bersalin.” Kongsinya

Ada yang dah cuba mengurut di Rumah Hutan bonda Rozita?

Error happened.
Reaksi Aliff Syukri Apabila Datin Shahida Puji Ketampanannya Buatkan Netizen Terhibur
rozita ibrahimRumah Hutan
https://lomp.at/st1i2
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara