Thursday, August 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

‘Cel*ka Lelaki Melayu Kena Scam’- Doktor Rayu Jangan Terpedaya Wanita Cari Jodoh Guna ‘Google Form’

Doktor ini ulas risiko bahaya percaya iklan cari jodoh di media sosial, data peribadi boleh disalahguna oleh individu tak bertanggungjawab

by Puteri Alia
May 24, 2022
via Twitter

via Twitter

69
KONGSIAN
Share on Facebook

Lelaki Melayu Kena Scam Cinta Di Twitter? Doktor Beri Ulasan ‘Deep’ Buat Kaum Adam

Baru-baru ini tular isu scam cinta di laman Twitter, isu ini dibangkitkan oleh seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai Iman Azlan menerusi ciapannya di Twitter.

Ramai Lelaki Melayu Kena Scam Cinta

Ciapan Doktor Iman menarik perhatian ramai pengguna media sosial, pendedahannya membuatkan ramai warganet terkejut. Doktor Iman mengatakan ramai lelaki melayu telah kena scam cinta dengan seorang wanita dengan jumlah pengikut yang tinggi di media sosial.

“Cela** lelaki melayu Twitter kena scam cinta dengan perempuan 68k followers ka? Adu budak-budak macam ni semua nak dibuat content..” Ciapnya

Dalam pada itu, Doktor Iman juga memberi amaran mengingatkan kaum adam yang telah terjebak dengan scam cinta tersebut, bahawa data peribadi mereka telah dipegang oleh wanita yang mencari jodoh tersebut menerusi pengisian maklumat data peribadi menerusi borang Google untuk cari jodoh.

“Steady maklumat peribadi korang dia pegang. Lepas tu bila ada emel masuk, iklan ubat tinggi hang pura-pura terkejut macam mana depa dapat info hang.

Last last dia jumpa pasangan dia, kekasih hati. Kononnya daripada borang Google tapi sebenarnya dah kenal sejak tadika lagi. Lah kenapa gullible sangat korang ni.” Dedahnya

via Twitter

Netizen Cari Siapa Scam Cinta Yang Dimaksudkan

Ciapan pedas Doktor Iman membuka mata ramai pengguna media sosial terutamanya kaum adam, kerana mudah terpedaya dengan iklan cari jodoh sebegitu di media sosial. Dan masing-masing mula bersuara serta cuba mencari iklan scam cinta yang dimaksudkan oleh doktor tersebut.

“Alamak the one yang buat borang Google cari jodoh tu ke, mustahil lah orang cantik macam tu bujang..”

“Saya rasa ini kot entah lah (retweet ciapan cari jodoh milik akaun dikenali sebagai Faye)” syak warganet

via Twitter

Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Isu hangat ini mendapat ramai perhatian warganet, ada yang bertanya sama ada hal seperti ini boleh dikenakan tindakan undang-undang atau sebaliknya.

“Boleh kena tindakan pihak berkuasa tak kalau dia salah guna data tu? Atau meminta data tanpa tujuan” soal salah seorang netizen

via Twitter

Melihat ada yang bertanya ramai yang memberi jawapan berserta laman sesawang dan tangkap layar akta sebagai bukti.

“Boleh. Akta dah ada. Tunggu ada orang jalankan tugas je, tengok sangkut dengan akta yang mana. (link laman sesawang Perlindungan Data Peribadi)”

“Salam, siapa yang buat borang Google untuk pengumpulan data terutamanya untuk tujuan komersial, dan ada mohon data peribadi, boleh langgar seksyen 5(2) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.” Ciap warganet

Bagi yang ingin membuat laporan terhadap penyalahgunaan maklumat data peribadi, bolehlah ke pautan laman sesawang Sistem Perlindungan Data Peribadi di sini (LINK).

data peribadijodohscam
https://lomp.at/rode0
Share28Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  4. 4

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem