Cas rundingan imej sehingga mencecah ribuan ringgit bukanlah sesuatu yang pelik bagi golongan yang berkemampuan, namun lain pula jadinya bila mana harga servis yang ditawarkan tidak sepadan dengan hasil imej yang dilakukan pada pelanggan.
Tawar Khidmat Rundingan RM6999
Itulah yang menjadi bualan hangat warganet baru-baru ini, bila tular video TikTok milik seorang perunding imej di laman Twitter yang menawarkan khidmat rundingan dengan harga RM6999.
Namun apa yang menjadi perdebatan panas adalah hasil imej yang dilakukan pada pelanggan di dalam video tersebut tidak setimpal dengan harga servis yang ditawarkan.
https://twitter.com/QusyairiH/status/1528700863476568064
Penampilan Macam Guru Disiplin
Melihat video tersebut ramai yang bersuara dan memberi pandangan terhadap hasil imej yang dilakukan serta membandingkan dengan cas servis tersebut.
“Bayar RM6, 999 untuk penampilan macam cikgu disiplin ni baran juga aku tengok.”
“Cikgu disiplin ok lagilah. Ini ada yang kata macam ‘dari tukang kebun kepada supervisor tukang kebun”
“Ingat 7k dapat lah sut high end sekali warranty” ciap netizen
“Hahahaha.. Gaya-gaya cikgu sekolah je hanat.. Apa yang payah sangat sampai nak panggil perunding”
“Tak sampai 200 dapat 2 sut si**. Ni harga Kingsman”
“Baik aku ja jadi perunding imej, yang jadi perunding pun tak dak citarasa ka?”
“Seriuslah.. RM69.90 pun tak sampai” ciap mereka lagi
Ramai betul yang kurang puas hati dengan hasil penampilan pelanggan dalam video tersebut, apa pandangan anda tentang isu ini?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.