Saturday, June 3, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Trending

Netizen Puji Cara Chef Wan ‘Sekolahkan’ Scammer Syarikat Landskap Curi Pokok

Warganet kagum lihat Chef Wan lawan scam dengan bukti dan fakta

by Puteri Alia
May 25, 2022
via Instagram Datuk Chef Wan

via Instagram Datuk Chef Wan

292
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru saja reda isu saman menantu, kini personaliti masakan terkenal Datuk Chef Wan bergelut pula dengan isu pekerja syarikat landskap yang ditugaskan dalam kerja ubahsuai di kediaman beliau.  Pekerja syarikat berkenaan didakwa tidak amanah dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Kena Scam?

Melihat salah satu hantaran Chef Wan, personaliti masakan itu memuatnaik video di mana beliau mendedahkan pekerja syarikat landskap tersebut telah mencuri banyak anak pokoknya yang bernilai lebih RM5,000.

“Saya tangkap anda mencuri 300 pokok daun kadok saya dan anda sedia cas saya Sara! Bila saya kata saya akan kira pokok terus anda mengaku anda bawa balik..

“Hari ini saya kira, anda hanya tanam 223 pokok-pokok daun kadok ni dan keseluruhannya anda cas dan saya bayar anda 1,050 pokok-pokok tersebut. Kurang 827 pokok Sarah x 6.12 per pokok. Bermaksud anda tipu saya sampai RM5,061.24!” Dedah Chef Wan

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Netizen Kagumi Cara Chef Wan

Hal yang berlaku kepada Chef Wan menjadi perbualan hangat di laman Twitter. Salah seorang pemilik akaun wargamaya dikenali sebagai Ikhwan memuji tindakan Chef Wan.

“Tengok hantaran-hantaran terbaru Chef Wan di Instagram. Beliau dapat tahu syarikat landskap yang diberi tugas untuk tanam pokok rupanya dah menipu tentang jumlah anak pokok.

Tengok macam mana Chef Wan pergi satu-satu kepada terma dan kiraan dalam perjanjian.” Ciapnya

Malah Ikhwan juga mengatakan apa yang berlaku pada Chef terkemuka itu membuka mata orang ramai betapa pentingnya ada surat hitam putih sebagai bukti apabila berlaku kes kejadian seperti itu.

“Pengajaran kat sini.. Mujurlah Chef Wan masih ada perjanjian sebut harga tersebut. Boleh lah lawan kes penipuan macam ni. Jadi penting dalam apa-apa transaksi atau perniagaan, kena ada hitam putih yang jaga hak kita.” Pesannya

via Twitter

Netizen Dedah Latar Belakang Chef Wan

Tweet ciapan yang dikongsikan Ikhwan itu, mendapat banyak respon dan reaksi dari pengguna media sosial, ada yang dedahkan latar belakang pekerjaan Chef Wan sebelum menceburi bidang masakan.

“Chef Wan memang teliti. Masalah kau kena expose.”

“Chef Wan pernah jadi juru akaun dulu. Memang silap besar lah scammer nak game dia.”

“Info tambahan, selain masak-masak anda tak boleh tipu dia tentang pokok-pokok ni. Masa muda dia kerja kat nurseri cina.” Ciap netizen

via Twitter
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER chef wanscammersyarikat landskap
Share117Tweet73SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Gossip

Chef Wan Kesal Salah Seorang Pekerjanya Tak Jujur & Amal Rasuah-“Makan Rezeki Yang Haram Anak Bini..”

by Naddy Joe
April 27, 2023
Lokal

“Berjurai Lagi Air Mata Saya”- Chef Wan Luah Rasa Sebak Mahu Tinggal Kubur Ibu

by Naddy Joe
January 13, 2023
Gossip

Ibu Masih Di Pusat Perubatan, Chef Wan Tegur Portal Berita Beri Laporan Palsu?

by Naddy Joe
January 5, 2023
Gossip

“Ketakutan Itu Sentiasa Ada..”- Chef Wan Kongsi Keadaan Ibu Yang Semakin Nazak

by Naddy Joe
January 4, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Orang Ingat Dapat Baby Best?”-Perit Berjuang Tengah Malam Jaga Anak, Neelofa Akui Sering Kejut Suami Sambil Menangis

  2. 2

    Tampil Tidak Lagi Bertudung, Pesanan Terbuka Lufya Buat Nadia Annuar Raih Perhatian Dari Netizen

  3. 3

    Penampilan Aina Abdul Di Big Stage ‘Disindir’ Diva AA?-“Model Paling Hodoh….”

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan