Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dulu Cuckoo Kini Termos? Iesya Toh Bimbang & Netizen Mula Keliru Dengan Kes Perbicaraan Bella

by Zaidin Albert
May 30, 2022
Share on Facebook

Hari ini terungkap kembali beberapa fakta terbaru dari perbicaraan mengenai kes remaja Sindrom Down dikenali Bella. Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa kecederaan lecur dialami Bella disebabkan air panas dari termos dan bukan dari penapis air.

Termos Yang Salah?

Perkembangan terbaru ini telah mendapat reaksi yang berbagai dari netizen. Berita ini turut dikongsikan oleh pengacara Iesya Toh yang terkenal di media sosial kerana sering menyuarakan pandangan berhubung sebarang isu demi kepentingan masyarakat.

Iesya meluahkan rasa bimbang jika di pengakhiran kes perbicaraan ini, Bella akan disabitkan kesalahan.

“End up nya Bella yang bersalah sendiri?? ” tulisnya di ruangan kapsyen.

Makin Mengarut- Netizen

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan proses perbicaraan ini dari semasa ke semasa. Ramai berharap Bella berpihak kepada kebenaran dan keadilan.

VIA Instagram Iesya Toh

Terdahulu, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.

https://lomp.at/tdldn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Perjelas Isu Luahan Maria Danisha, Lain Pula Reaksi Netizen?

by Naddy Joe
April 3, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberikan penjelasan berhubung isu luahan anak bongsunya, Maria Danisha yang seolah-olah memberikan bayangan dirinya kurang diberi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG) / @fattahaminz (IG) / @musangberjanggutt (Threads)
Lokal

Fattah Amin Didakwa Fail Kes Hina Mahkamah Terhadap Nur Fazura?- “Selamatkan Ibu Fatima Dari Penjara”

by Nurul A.
April 3, 2026

Nampaknya isu perceraian bekas pasangan, Fattah Amin dan Nur Fazura kembali mencuri tumpuan ramai. Kali ini muncul pula spekulasi baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara