Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Saiz Badan Boleh Tukar…” – Vanessa Reynauld Kongsi Cara Terima Diri Sendiri

Penyanyi berbakat Vanessa Reynauld akui peminat dan masyarakat masa kini lebih terbuka dalam menerima standard kecantikan yang pelbagai.

by Arsiqin Yusof
May 31, 2022
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi berbakat Vanessa Reynauld akui peminat dan masyarakat masa kini lebih terbuka dalam menerima standard kecantikan yang pelbagai.

Aspek Dalaman Lagi Penting

Bagaimanapun menurut penyanyi lagu Buatku Sempurna itu, aspek dalaman dan personaliti seseorang lebih penting berbanding kesempurnaan penampilan.

“Peminat dan masyarakat sekarang lebih maju dan berfikiran terbuka dalam melihat aspek kecantikan yang pelbagai.

“Saya akan mengambil peluang untuk menggalakkan orang ramai untuk saling menerima kelainan bentuk dan rupa fizikal, kita tak mahu stereotaip dan terikat dengan hanya satu standard kecantikan.

“Apa yang penting sebenarnya aspek dalaman, luaran ini bila kita tua nanti pun dah tak dapat kekalkan, lebih baik kita hargai personaliti dan bakat seseorang lebih lagi,” katanya kepada Murai MY.

Via Instagram – Vanessa Reynauld

Jangan Terlalu Fokus Pada ‘Insecurity’

Dalam pada itu, Vanessa juga berkongsi beberapa tips untuk menerima diri sendiri dengan gembira.

“Bila kita lain dari yang lain, jangan terlalu fokus dengan ‘insecurity’, jikalau tidak ia boleh memakan diri.

“Terima saja diri kita, kalau kita tak suka saiz badan kita misalnya, usahalah untuk tukar, dan kalau kita boleh terima saiz badan kita yang lebih besar, maka tenang dan yakin sajalah.

“Tak akanlah kalau kita rasa diri kita berisi tapi masih nak makan ayam goreng?” selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Vanessa akan tampil dengan single duet diberi nafas baru yang tentunya menjanjikan keunikan. Sama-sama kita nantikan!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Vanessa Reynauld
https://lomp.at/6zmbs
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem