Wednesday, June 25, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Idayu Tampil Dengan Pertaruhan Terbaru, Runut Bunyi Drama Jangan Menangis Cinta

Penyanyi Idayu sememangnya terkenal dengan vokalnya yang mantap serta penghayatan sepenuh jiwa ketika menyanyikan sesebuah lagu.

by Arsiqin Yusof
June 2, 2022
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Idayu sememangnya terkenal dengan vokalnya yang mantap serta penghayatan sepenuh jiwa ketika menyanyikan sesebuah lagu. Terbaru, pemilik nama sebenar Nur Farah Idayu Yaakob itu tampil dengan single berjudul Jangan Menangis Cinta.

Lagu tersebut adalah hasil tulisan Siti Rosmizah dan digubah oleh Mohariz Yaakup. Bercakap mengenai tafsirannya tentang Jangan Menangis Cinta, Idayu memahami erti lagu itu menceritakan tentang kisah sesebuah percintaan atau perhubungan suami isteri yang tidak pernah menghargai pasangan masing-masing.

Penjiwaan Sangat Penting

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga itu juga akui bahawa penjiwaan dalam nyanyian adalah satu aspek yang sangat penting untuk mempersembahkan naskah Jangan Menangis Cinta dengan berjaya.

“Lagu ini menceritakan tentang hubungan dalam percintaan atau perhubungan suami isteri yang tidak pernah menghargai pasangan masing-masing. Dalam perhubungan itu, salah seorang tidak bahagia dan pasangannya pula mendustai hubungan mereka.

“Ketika rakaman lagu ini, saya cuba membawa watak seperti dalam lirik yang ditulis dengan indah oleh Kak Siti Rosmizah. Membawa jiwa dalam nyanyian adalah lebih berat. Dengan berkat bimbingan Abang Mohariz dan Afif Tirmizie sebagai penerbit vokal, saya berjaya melakukannya,” katanya.

Tambah Idayu, dia menerima tawaran daripada Mohariz untuk menyanyikan lagu tersebut setelah mendengar demo yang dihantar kepadanya. Melodi lagu yang indah membuatkan Idayu tertarik dan tidak mahu melepaskan peluang bekerjasama dengan komposer senior yang berpengalaman itu.

Selain keindahan melodi, Idayu juga merasakan Jangan Menangis Cinta mempunyai keunikan dan berbeza berbanding kebanyakan lagu-lagu pop Melayu yang sudah berada di pasaran negara ini.

“Saya mendapat panggilan daripada Abang Mohariz yang mahu memberi peluang untuk menyanyikan lagu ini. Saya menerimanya setelah beliau menghantar demo kepada saya. Melodi lagunya indah dan sangat menarik. Bagi saya inilah peluang bekerja dengan komposer senior dan berpengalaman. Sebelum ini Abang Mohariz pernah menulis lirik untuk lagu saya iaitu Kasih Yang Terpisah pada tahun 2005.

“Lagu yang ditulis ini sangat berbeza dari segi struktur ‘chord’ dan ‘flow’ lagunya. Ia sangat berbeza daripada lagu-lagu pop Melayu yang ada dipasaran sekarang,” jelasnya.

Rakaman Satu Jam

Mengenai proses rakaman pula, ia hanya mengambil masa satu jam memandangkan Idayu telahpun menghafal lagu tersebut sebelum hadir ke studio rakaman. Idayu berharap agar para peminatnya juga peminat karya Siti Rosmizah dapat memberikan sokongan sebaik mungkin kerana Jangan Menangis Cinta adalah satu hadiah ikhlas dari hatinya.

“Alhamdulillah proses rakaman hanya mengambil masa satu jam sahaja. Saya telah menghafalkan lagu ini sebelum datang ke studio. Harapan saya kepada peminat saya dan juga peminat hasil karya Kak Siti Rosmizah agar dapat memberikan sokongan yang kuat untuk lagu ini. Harap dapat mendengarnya di platform digital yang sah. Ini adalah hadiah buat para peminat saya. Dengan sokongan peminat-peminat saya, maka kerjaya seni saya akan terus bersinar,” katanya lagi.

Sementara itu, komposernya Mohariz Yaakup pula menyifatkan kerjasama bersama Idayu adalah satu perkara yang diidamkan kerana penyanyi itu sangat professional dan mampu menyampaikan lagu tersebut dengan luar biasa.

“Berkerja dengan Idayu adalah pengalaman yang saya sangat Idamkan. Beliau sangat professional dari merakamkan demo hingga proses rakaman vokal. Terakhir karya saya yang dinyanyikan oleh Idayu adalah Kasih Yang Terpisah pada tahun 2005. Ia merupakan hasil karya Allahyarham Dato’ Adnan Abu Hassan dan saya sebagai penulis lirik.

“Oleh kerana Idayu adalah penyanyi idaman saya maka saya amat berbesar hati dan terharu. Beliau menyampaikan lagu ini dengan sungguh luar biasa. Ia menjadi luar daripada jangkaan saya, perkara sebeginilah yang ada pada penyanyi yang berpengalaman.

“Lagu ini ditulis dengan masa yang diperuntukkan amat sedikit, dari menulis melodi hinggalah pemilihan penyanyi. Oleh kerana lagu ini untuk drama skripnya ditulis oleh Siti Rosmizah maka jangkaan lagu perlu ada melodi yang kuat dan perlu disampaikan oleh penyanyi yang berpengalaman,” katanya.

Untuk makluman, Jangan Menangis Cinta adalah runut bunyi untuk drama 40 episod mengunakan tajuk sama (Jangan Menangis Cinta) menerusi slot Megadrama di Astro Ria.

Drama Jangan Menangis Cinta dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Remy Ishak, Amyra Rosly, Yusuf Bahrin, Dato’ Jalaluddin Hasan, Rita Nadira, Lisdawati, Catriona Ross dan ramai lagi.

‘Jangan Menangis Cinta’ kini boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

idayuJangan Menangis Cinta
https://lomp.at/l8baa
Share18Tweet11SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  4. 4

    Idayu Tampil Dengan Pertaruhan Terbaru, Runut Bunyi Drama Jangan Menangis Cinta

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem