Saturday, June 21, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sharifah Sofia Tak Kisah Jika Terpaksa Korbankan Kerjaya Sebagai Artis?

by Phic ARMAN
June 2, 2022
112
KONGSIAN
Share on Facebook

Malaysia adalah salah satu negara yang memelihara alam sekitar dan haiwan terancam termasuklah harimau .Bagaimanapun, dengan projek pembangunan yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, hutan simpan dan populasi harimau di negara kini hanya tinggal 150 ekor di hutan terus terancam.

Aktres Malaysia berdarah kacukan Melayu dan Inggeris, Sharifah Sofia baru-baru ini menerima pujian dan sokongan netizen terhadap perjuangannya kepada hidupan liar dan alam semula jadi. Untuk menarik perhatian kepada jumlah harimau Malaya yang semakin menjunam di Malaysia, dia baru-baru ini berjalan sejauh 235km dari Sungai Relau di Taman Negara Pahang ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

View this post on Instagram

A post shared by Sharifah Sofia (@sharifahsofia)

Menurut poster yang dikongsi aktres itu di akaun Facebooknya, trek yang dipanggil ‘A Walk For Tigers’ itu bermula pada 6 Mei dan berakhir pada 14 Mei. Ia dianjurkan untuk menggesa agensi kerajaan supaya mengakui keadaan kritikal populasi harimau Malaya dan seterusnya melindungi haiwan ini.

Sebaik tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Sharifah dan pasukannya memfailkan saman menuntut dihentikan penebangan hutan yang menyebabkan kehilangan habitat hidupan liar terutama harimau.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dinamakan sebagai responden bersama agensi kerajaan lain.

Netizen menunjukkan sokongan mereka

Perjuangan Sharifah telah menarik perhatian netizen di Twitter. Kartunis terkenal Malaysia Zunar, mengucapkan tahniah kepada Sharifah atas kerja yang telah dilakukannya.

“Amat jarang melihat artis selebriti di Malaysia yang sanggup memperjuangkan alam sekitar. Walaupun dia mungkin baru sahaja mengorbankan kerjayanya sebagai seorang artis, tetapi dia membuat pengorbanan penting untuk manusia.”

Menjawab Zunar, Sharifah berkata, jika perkara itu berlaku, dia akan memilih planet ini berbanding kerjayanya.

Adakah kerjaya saya akan berakhir?? Saya rasa itu pengorbanan yang perlu dilakukan. Planet dahulu!- tulisnya di twitter

Ramai netizen turut memuji Sharifah kerana menggunakan platformnya untuk bersuara dalam isu penting. Untuk info Sharifah atau nama sebenarnya Sharifah Sofia binti Syed Hussein di lahirkan pada 28 Julai 1985 merupakan seorang pelakon wanita yang berbakat dalam drama dan film. Sharifah pernah membintangi beberapa filem hits termasuklah Gong (2006), Cinta Yang Satu (2007), Brave (2007), Orang Minyak (2007), Pisau Cukur (2009) dan banyak lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Sharifah Sofia
https://lomp.at/dgu5q
Share45Tweet28SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem