• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Ada Otak Fikir Lah Apa Punca Dia!”- Ada Yang Dengki Jimmy Couture Kembali Ke Dunia ‘Pagent’?

Dikatakan suka berdrama, pereka fesyen tampil beri penjelasan pedas di media sosial

by Puteri Alia
June 9, 2022
via Instagram Jimmy Couture

via Instagram Jimmy Couture

Share on Facebook

Satu perkongsian menarik milik pereka fesyen terkenal tanah air, Jimmy Couture mencuri perhatian lensa Murai MY hari ini di akaun Instagram nya.

Bakal Kembali Ke Dunia Peragaan Ratu Cantik?

Menerusi hantaran tersebut, Jimmy memuatnaik tangkap layar perbualannya bersama beberapa individu. Melihat komen di dalam muat naik tersebut, ada warganet yang mengatakan rindu ingin melihat gaun rekaan Jimmy di pentas dunia ratu cantik.

“@jimmycouture ala rindu nak tengok gaun Jimmy di pentas pageant dunia. Harap pageant seterusnya.” Komen Ratu Alam Semester

Mendapat komen sebegitu, Jimmy memberi jawapan balas dengan mendedahkan bahawa ada yang datang melamar untuk kembali mereka busana buat peserta pertandingan berprestij tersebut.

“@ratu_alam_semester InsyaAllah tak lama lagi. Dah ada yang lamar.” Jawab Jimmy

Dikatakan Kuat Berdrama

Perbualan yang pada awalnya harmoni bertukar dengan kemunculan komen yang kurang senang, di mana individu berkenaan berharap pereka fesyen tersebut tidak menyertai dunia peragaan ratu cantik itu semula.

“@ratu_alam_semester baik jangan. Dia suka drama.” Komen Asam Pedas

Komen tersebut terus menarik perhatian Jimmy, dan pereka fesyen tersebut segera memberi komen bagi menjawab tuduhan yang dikatakan individu tersebut.

“@asam.pedas_ Selagi ada rezeki Allah bagi, selagi orang bayar I buat. Siapa manusia yang menidakkan rezeki Allah? Selepas kes aritu, semua yang datang berbayar untuk pakai baju Jimmy. Makanya ada hikmah di sebalik kejadian.

Sebelum ni sponsor pun tak dapat apa. Malah orang tak hargai. Jadi yang nak pakai silakan, kalau taknak I pun tak kisah nak buat baju reratu.

Banyak kerja lain selain baju ratu sponsor I nak kena buat. Setakat IG palsu berselindung di sebalik nama asam pedas.. Boleh lah cakap..” Komen Jimmy

via Instagram Jimmy Couture

Fikir Punca Dahulu Sebelum Tuduh Berdrama

Selain berkongsi tangkap layar komen perbualan, Jimmy juga menulis penjelasan panjang dan panas terhadap komen negatif yang diterimanya itu. Pereka fesyen berbakat ini berpesan agar individu tersebut berfikir kembali apa punca sebenar daripada menuduhnya begitu.

“Alah alah asam pedas pun. Macam lah kita heran sangat nak buat baju ratu? Eleh eleh.. Kau je cakap jangan.. Tapi ratu sendiri datang cari I.. Kau siapa babe? Tuhan ke nak sekat rezeki orang? Drama? Drama tu datang dari ratu sendiri..

Kalau tak selama ni ada ke aku pernah meroyan kalau orang tak buat hal dengan aku? Ada otak fikir lah apa punca dia! Sebelum ni PL bukan main suruh aku buat baju itu ini itu ini. Bila dah buat, bila ratu dan organisasi berdrama yang kena yang nampak salah?? Aku juga?

Memang dasar penjilat.. Sebab tu aku tawar hati dengan Pageant Malaysia. Serius cakap! Yang nak datang selagi berbayar, aku buat kerja aku. Jangan cakap ku sombong atau tak sokong negara sendiri kalau macam ni keadaannya.” Jelasnya tegas

via Instagram Jimmy Couture

Terdahulu Murai MY ada melaporkan susulan isu busana untuk Miss Grand Malaysia 2021 ditolak pada saat akhir pada tahun lalu, Jimmy membuat keputusan untuk tidak lagi menaja pakaian bagi peserta ratu cantik dan sekaligus meninggalkan dunia pageant.

Jimmy Couturemiss grand malaysia 2021ratu cantik malaysia
https://lomp.at/9vkna
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Isu Menjadi Mangsa Gangguan Seksual, Netizen Ini Dakwa Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis?

by Naddy Joe
September 6, 2022

Industri hiburan baru-baru ini digemparkan dengan pendedahan mengejutkan oleh pelakon, Puteri Balqis yang menceritakan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual...

Read moreDetails
Gossip

Iqbal Zulkefli Dedah Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik, Netizen Luah Rasa Bimbang!-“Dia Tengok Kau…”

by Naddy Joe
April 14, 2023

Penyanyi, pelakon, dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli baru-baru ini berkongsi sikap pelik pembantu rumahnya sehingga terpaksa ditamatkan kontrak pada Oktober...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore