Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

‘Tak Sabar Lihat Hasilnya’- Zee Avi Curah Ilmu Dalam Projek HP Mentorship

by Phic ARMAN
June 15, 2022
Share on Facebook

Projek HP Mentorship telah berakhir setelah berlangsung selama tiga bulan di mana 11 mentee dari seluruh Malaysia diberi peluang seumur hidup untuk bekerjasama dengan tiga ahli pakar industri, penulis lirik dan penyanyi pop Malaysia Zee Avi, penerbit muzik dan komposer prolifik Daniel Verapeen, dan pengarah kreatif dan pengasas kumpulan 33.3, Edwin Raj. Ketiga-tiga mereka telah bersatu mencipta seni yang bermakna, mengikut aliran, serta menyentuh isu yang penting untuk mereka.

11 mentee dari seluruh Malaysia
Penulis lirik dan penyanyi pop Malaysia Zee Avi, penerbit muzik dan komposer prolifik Daniel Verapeen, dan pengarah kreatif dan pengasas kumpulan 33.3, Edwin Raj

Zee Avi berkata, dia teruja dan tidak sabar dengan hasil dari bimbingan yang diberikan. Sebagai mentor dia berusaha berkongsi pengetahuan dan kepakaran kepada semua mentee.

“Saya dan para mentor tampil bersama memberi inspirasi kepada generasi pencipta Malaysia. Kami berganding bahu dan berkolaborasi dengan matlamat untuk membolehkan para mentee meluahkan ekspresi dan kreativiti mereka melalui penggunaan teknologi dan komputer PC HP,” kata Zee Avi penyanyi pop Malaysia, juga mentor nyanyian/ penulisan lirik.

“Sebagai mentor, kami berusaha untuk menyediakan mentee kami dengan pengetahuan dan kepakaran yang kami perolehi sepanjang kami bekerja dalam industri. Para mentee kami sentiasa memberikan 110% dan kami berbangga untuk melihat hasil karya yang menakjubkan yang telah mereka hasilkan di bawah bimbingan kami. Kami tidak sabar untuk melihat perkara menakjubkan yang akan mereka lakukan, memandangkan teknologi kini terus membolehkan bakat kreativiti mereka direalisasikan.”

View this post on Instagram

A post shared by Zee Avi? (@zee.avi)

Para mentee terdiri daripada belia kreatif dengan pelbagai latar belakang berbeza yang menghasilkan seni dan muzik bersama di bawah bimbingan mentor mereka dikuasakan oleh komputer riba canggih yang disediakan oleh HP Malaysia. Hasilnya, HP Malaysia akan menerbitkan tiga pengalaman audiovisual dalam bentuk NFT dan 100 NFT koleksi eksklusif yang akan sedia untuk tontonan dan pembelian melalui platform CryptoArt baharu, NFT Pangolin.

Separuh daripada jumlah jualan akan disalurkan kepada Kakiseni, sebuah organisasi yang memperkasakan ekspresi kreatif seluruh rakyat Malaysia, manakala separuh lagi hasil jualan akan disalurkan kepada mentee untuk memacu mereka ke arah perjalanan kreatif mereka.

“Di HP, kami percaya bahawa satu idea yang bernas mempunyai kuasa untuk mengubah dunia. Melalui projek ini, kami menggabungkan teknologi dan kreativiti, bagi membolehkan belia dari seluruh Malaysia mencipta dan berinovasi, dikuasakan oleh peranti terbaharu HP,” kata Alex Tan, Pengarah Urusan HP Malaysia.

“Melalui bimbingan para mentor, ia telah memesatkan proses dan perjalanan kreatif para pencipta muda kita. Dengan itu, kami akan terus memupuk bakat muda Malaysia dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang melalui projek bimbingan seperti ini.”

Tiga lagu yang berbeza dan merdu telah ditulis, dipersembahkan dan dihasilkan oleh para mentee nyanyain/penulis lirik dengan kerjasama mentee produksi musik. Menzahirkan karya ini sebagai sebuah NFT, lagu-lagu ini disertakan dengan animasi unik Noodie, nudibranch berwarna-warni yang dibangunkan dan dihasilkan oleh mentee seni digital.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan kreatif yang dialami para mentor dan mentee sepanjang Projek HP Mentorship, sila tonton video rasmi disebalik tabir di sini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Zee Avi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung
Teknologi

Kolaborasi Samsung, DC Studios & Warner Bros. Pictures, Peminat Teruja Dengan Pengalaman ‘Supergirl’ Di Rumah

by Nurul A.
July 3, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan kerjasama global dengan Warner Bros. Pictures dan DC Studios, menandakan tayangan pawagam pengembaraan adiwira baharu...

Read moreDetails
Foto - Tune Talk
IbuBapa

Tune Talk Lancar Pelan Mudah Alih Kanak-Kanak Pertama Di Malaysia Dengan Kawalan Rangkaian Terus

by Nurul A.
June 30, 2026

Ketika keselamatan kanak-kanak dalam talian kini menjadi tumpuan utama negara, Tune Talk tampil menerajui usaha mentakrifkan semula peranan syarikat telekomunikasi...

Read moreDetails
Foto - Sealy
Teknologi

Sealy Raikan 145 Tahun dengan Tilam Edisi Terhad

by Nurul A.
June 24, 2026

Seiring dengan kepentingan tidur berkualiti dalam gaya hidup moden, Sealy Malaysia meraikan pencapaian ini menerusi “145 Years of Better Sleep”,...

Read moreDetails
Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  2. 2

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  3. 3

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  4. 4

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  5. 5

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara