Sebut saja nama Preity Zinta, pasti tergambar senyuman manis bersama lesung pipi terpacar di ingatan yang mengenali pelakon bollywood tersebut.
Aktres jelita ini menjalin kehidupan yang sangat bahagia disamping suami tercinta, Gene Goodenough dan sepasang anak kembar yang diberi nama Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.
Pelakon jelita bollywood, Preity Zinta memuatnaik
Meski telah lama meninggalkan dunia lakonan, namun selebriti ini tetap mengingati filem-filem yang membuatkan namanya naik dalam industri hiburan. Terbaru, Preity memuatnaik klip video lakonannya dalam filem Jhoom Barabar Jhoom.
Filem yang pernah mencuri hati penonton pada tahun 2007 itu, dikongsikan menerusi media sosial Preity bagi meraikan sudah 15 tahun usia filem tersebut disamping mengenang memori lama sepanjang penglibatannya dalam cerita hidustan berkenaan.
“Jhoom Barabar Jhoom bertukar setahun tua hari ini dan saya tak boleh berhenti senyum dan memikirkan tentang semua babak gila yang kami rakam.
Dan banyak mana kami ketawa. Semua orang kepenatan selepas babak menari, tapi itu tidak membuatkan berhenti.
Filem ini mengingatkan bagaimana mudah membuat kawan dengan setiap situasi pengembaraan dan keseronokan.” Coretnya
Peminat Banjiri Ruang Komen
Melihat hantaran tersebut, ramai peminatnya berkongsi komen mengenang filem popular dan lakonan mantap Preity dalam cerita tersebut.
“Oh, filem kesukaan saya”
“15 tahun dan rasa seperti semalam!”
“Saya sangat suka filem ni” komen mereka
“Saya ingat filem ni masa saya kecil”
“Anda nampak sangat cantik dalam filem ni”
“Sayang anda” komen mereka lagi
Memang mengimbau nostalgia lama betul filem ni, betul tak?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.