• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bakal Gayakan 10 Persalinan Busana Extravaganza, Aina Abdul Janji Jaga Sensitiviti Ketika Konsert Hujung Minggu Ini

Penyanyi berbakat, Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitiviti dalam berfesyen ketika mengadakan konsert sulungnya, A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya pada Sabtu dan Ahad ini.

by Arsiqin Yusof
June 22, 2022
Share on Facebook

Penyanyi berbakat, Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitiviti dalam berfesyen ketika mengadakan konsert sulungnya, A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut Aina, dia masih akan mengekalkan identiti dirinya dalam berpakaian dan pada masa sama, mengambil kira semua saranan oleh orang ramai.

“Untuk kedua-dua malam konsert ANWAA 2.0 nanti, saya akan pakai busana yang berbeza. Sepuluh persalinan busana yang bakal saya gayakan adalah rekaan daripada barisan pereka fesyen berbakat tanah air iaitu Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.

“Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul yang berani bereksperimen dalam berfesyen. Namun sudah tentu saya mengambil kira saranan orang ramai dan akan menjaga sensitiviti supaya tidak timbul isu panas kemudiannya.

“Busana yang saya gayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

ANWAA 2.0 adalah satu tanda penghargaan Aina kepada semua peminat setia yang memberi sokongan padu selama ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sumpah itu juga meminta para peminat untuk mendoakan kelancaran segala proses berkaitan konsert itu nanti.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar setakat ini. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan team Aina Abdul Entertainment untuk memberikan sesuatu untuk peminat.

“Kalau boleh pada malam konsert, saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi.

“Saya nak semua puas menyaksikan ANWAA 2.0 dan saya memohon doa daripada semua peminat agar perjalan konsert selama dua malam itu dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya menutup bicara.

Antara selebriti bernama besar yang bakal hadir ke ANWAA 2.0 adalah Datuk Hattan, Ella, Datuk Nora, Ziana Zain, Anuar Zain dan Hael Husaini.

Kepada anda yang tidak mahu melepaskan peluang, pembelian tiket masih boleh dibuat dengan menghubungi Azrul pada 017-300 6531 atau menerusi ticket2u.com.my

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

[VIDEO] Aina Abdul Terkejut Rakyat Indonesia Lagi Ramai Dengar Lagunya
aina abdul
https://lomp.at/53ccg
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore