Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Nights of Fright Sunway Lagoon Kembali Buat Kali-8 Selepas 2 Tahun Terhenti, Pencarian ‘Hantu’ Dibuka!

by Phic ARMAN
July 16, 2022
Share on Facebook

Sunway Lagoon dan The Sudden Impact Entertainment Company membawakan anda acara Halloween yang paling dinantikan!

Disertakan dengan elemen yang pastinya lebih menyeramkan, Nights of Fright kembali untuk edisi kelapan setelah dua tahun tidak dapat dianjurkan. Nights of Fright 8 kini kembali dengan aksi yang lebih menakutkan
daripada sebelumnya!

Datang ke Sunway Lagoon untuk merasai ketakutan yang tidak pernah anda alami sebelum ini!

Bersedia untuk sambutan tahunan yang menyeramkan di Sunway Lagoon pada setiap hujung minggu, termasuk malam perasmian pada 30 September 2022. Perasaan cemas dan gerun akan meningkat apabila terdapat ‘hantu’ yang menakutkan berkeliaran di sekeliling anda yang tidak dapat dijangkakan, bersiaplah untuk ‘Festival of Fear’ yang tidak dapat dilupakan!

PANGGILAN UNTUK UJIBAKAT – JADILAH WATAK YANG DITAKUTI!

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian dari acara Nights of Fright, uji bakat akan diadakan bermula 6 Ogos 2022. Uji bakat dan butiran acara akan dikeluarkan tidak lama lagi di sunwaylagoon.com/nof8.

Dikenali sebagai  festival terbesar dan menakutkan di Malaysia, acara ini akan menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenis hantu dan makhluk menakutkan. Dari acara tahun-tahun terdahulu ia bermula pada 7.30 malam sehingga 11.30 malam dan hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad. Sehingga kini mereka belum mendedahkan harga rasmi lagi. Sama-sama kita nantikan!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
night of fright
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara