Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

‘Sedih Mendengar…’- Neelofa Beri Kata Semangat Kepada Jemaah Haji Yang Ditipu

Sedih dengan nasib jemaah yang ditipu, Neelofa berharap mereka berpeluang tunaikan haji tahun depan

by Puteri Alia
July 8, 2022
via Twitter Aizad Hung/ Instagram Neelofa

via Twitter Aizad Hung/ Instagram Neelofa

63
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka penantian bakal jemaah haji untuk menjejakkan kaki di tanah suci bagi menunaikan rukan Islam yang kelima itu, musnah sekelip mata gara-gara menjadi mangsa penipuan syarikat agensi yang tidak berperikemanusiaan.

Kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, hal yang tular itu mendapat perhatian dan bualan hangat orang ramai di media sosial.

Doa Dipermudahkan Urusan

Hal yang tular ini juga mendapat perhatian selebriti dan usahawan jelita, Neelofa, di mana dia menitipkan kata-kata semangat buat bakal jemaah haji dan berharap urusan mereka dipermudahkan menerusi ciapannya di laman Twitter hari ini.

“Sedih mendengar perkhabaran hampir 400 jemaah haji yang terkandas di KLIA. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan mereka terus kuat semangat. Harapnya ada rezeki mereka semua dijemput di tahun akan datang.” Ciapnya

via Twitter/Instagram Neelofa

Netizen Kecam Tindakan Syarikat Agensi Haji

Murai MY menjengah ke laman Twitter, rata-rata ramai warganet mengecam tindakan tidak bertanggungjawab syarikat agensi haji yang menipu wang para jemaah dengan cara sebegitu.

“Semoga mereka semua tabah dengan ujian Allah”

“Bayangkan mak bapa kita atau sesiapa yang kita kenal kena. Terutama orang tua”

“Kenapalah ada manusia hati syaitan ambil kesempatan macam ni” Ciap mereka

via Twitter

“Macam tak percaya ada orang sanggup scam orang pergi haji”

“Semoga Allah bantu jemaah haji yang terkandas dan dianiaya”

“Sedih weh kita punya pulun kumpul duit nak pergi last last kena tipu” Ciap warganet

via Twitter

Sekadar info, hampir 400 bakal jemaah haji yang sepatutnya berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis terkandar kerana menjadi mangsa sindiket penipuan visa furada untuk menunaikan haji yang tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Bilal Bijak Dan Boleh Hafal Al-Quran, Neelofa Akui Tiada Niat Mahu Menunjuk-Nunjuk Anaknya

Sebahagian jemaah telah membuat laporan polis dan menunggu siasatan dari pihak berkuasa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Jemaah HajineelofaTerkandas
https://lomp.at/vg0kp
Share25Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem