Sudah menjadi lumrah kehidupan sebagai seorang artis akan sentiasa menerima pelbagai respon daripada para peminat atau pun daripada khalayak ramai. Ada sesetengah juga akan menerima mesej-mesej yang pelik daripada peminat yang obses dengan mereka.
Menerima mesej yang pelik
Baru-baru ini, bekas atlet wanita, Nana Al-Haleq, berkongsi di laman Instagram tentang dirinya yang sering menerima mesej yang pelik daripada seorang wanita. Akaun wanita tersebut sering mengganggunya dengan memanggil gelaran yang tidak elok seperti ‘crazy b*tch’ dan seolah-olah suka melihat dirinya cedera.
Respon Nana terhadap individu tersebut
“To be fair, she used to respond nice things but tetiba cam eh…dah jadi cam dedicated haters pulak.
I pun actually confuse tbh. Kejap baik kejap kurang baik.
Pelik la orang camni.”- tulis Nana di ruangan Insta Story
Sehubungan dengan ciapan tersebut, Nana turut menyatakan dirinya hairan dengan sikap wanita tersebut yang sekejap menyokongnya dan tiba-tiba boleh membencinya. Menurut Nana, dirinya sikit pun tidak terkesan dengan isu ini cuma dia mahu sosial media menjadi tempat yang selamat untuk semua orang dan bukan tempat untuk meluahkan kata-kata yang kesat.
Nana juga turut berpesan supaya fikir dahulu sebelum berkongsi di sosial media dan jangan respond kepada orang lain dengan cara yang diri sendiri juga tidak suka jika mengalaminya sendiri.
Sekadar info, Nana Al-Haleq pernah mendapat perhatian daripada orang ramai kerana mempunyai tubuh yang sangat tegap mengalahkan tubuh seseorang lelaki. Bekas atlet ini sekarang menjadi seorang pakar motivasi dan jurulatih bebas.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.