Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Tengku Ahmad Ismail & Puteri Afzan Aminah Tamat Graduasi, Genggam Ijazah Sarjana Muda Sains!

Agong dan Raja Permaisuri berkenan berangkat menghadiri majlis konvokesyen anakanda baginda berdua

by Puteri Alia
July 19, 2022
via Instagram Istana Negara

via Instagram Istana Negara

Share on Facebook

Pejam celik kedua-dua anak diraja Pahang iaitu Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Yang Amat Mulia Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah kini telah pun tamat pelajaran dalam peringkat ijazah Sarjana Muda semalam.

Peroleh Ijazah Sarjana Muda Sains

Murai MY menjengah ke Instagram rasmi Istana Negara, Tengku Ahmad Ismail dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi. Manakala Tengku Puteri Afzan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.

Kedua-dua ahli kerabat diraja Pahang ini memperolehi ijazah Sarjana Muda dari kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom.

“Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi.

Manakala, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.” Tulis Istana Negara

via Instagram Istana Negara
via Instagram Istana Negara
via Instagram Istana Negara
via Instagram Istana Negara

Agong Dan Raja Permaisuri Berkenan Hadiri Majlis Graduasi

Melihat muatnaik yang dikongsikan di Instagram Istana Negara ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi anakanda baginda berdua.

via Instagram Istana Negara

Turut sama menghadiri majlis konvokesyen Tengku Ahmad Ismail dan Tengku Puteri Afzan adalah Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Puteri Ilisha dan Tengku Puteri Jihan bagi meraikan majlis graduasi adinda baginda.

via Instagram Istana Negara

Rakyat Jelata Titip Ucapan Tahniah

Perkongsian berita yang dikongsikan menerusi media sosial Istana Negara ini mendapat perhatian rakyat Malaysia, dan rata-rata ramai rakyat jelata memberi ucapan tahniah buat Tengku Ahmad Ismail dan juga Tengku Puteri Afzan.

“Alhamdulillah. Tahniah kepada kedua-duanya dan Tuanku juga.”

“Tahniah Tengku berdua @t.aimshah @tengkuputeriafzan.”

“Tahniah kepada Tengku berdua” komen mereka

via Instagram Istana Negara

“Alhamdulillah. Tahniah YAM Tengku Ahmad dan YAM Tengku Afzan serta DYMM Agong dan DYMM Permaisuri!”

“Best moments Tuanku.”

“Tahniah.” Titip mereka

Merafak sembah tahniah buat keluarga diraja Pahang dari Murai MY.

[VIDEO] Tengku Ahmad Ismail Main Golf Di Scotland, Buatkan Rakyat Teruja!
keluarga diraja pahangtengku ahmad ismailTengku Puteri AfzanTunku Azizah Maimunah IskandariahYang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
https://lomp.at/mqsxc
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara