Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Sebelum Judge Atau Nak Hentam….”- Anna Jobling Pertahan Produk Jamu Tya Arifin?

Anna Jobling berkongsi pesanan buat Tya agar sentiasa kuat dan menghapuskan segala unsur negatif yang hadir 'menyerang' dirinya.

by Naddy Joe
July 21, 2022
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon terkenal menerusi drama Melur Untuk Firdaus iaitu Anna Jobling tampil bersuara selepas terdapat komen negatif seorang pengguna di aplikasi TikTok mengkritik produk yang diusahakan oleh pelakon dan usahawan Tya Arifin.

Netizen Pertikai Produk Jamu Tya Arifin

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, seorang individu mendakwa bahawa produk jamu yang diusahakan oleh Tya mempunyai rasa pahit dan bertambah lemah apabila diamalkan olehnya.

“Mengarut je jamu-jamu semua ni, aku dah cuba minum! Konon bertenaga sangat?? Bertambah lemah lagi ada lah!! PAHIT.”- Komen seorang netizen di TikTok

@tyaarifinnw

Balas @mawar_chinta salah ke Tya nak bantu Wanita ? #tyaarifin #jamumutyara #viral #fyp #tiktok

♬ suara asli – Tya Arifin – Tya Arifin

“Sebelum Judge Atau Nak Hentam Barang Orang…”

Tidak berdiam diri, Anna Jobling mengatakan bahawa produk jamu keluaran Tya tidak mempunyai rasa pahit seperti yang dikatakan oleh netizen itu, malah turut berkongsi pesanan buat Tya agar sentiasa kuat dan menghapuskan segala unsur negatif yang hadir ‘menyerang’ dirinya.

“Sebenarnya yang cakap tu tak pernah cuba Jamu Mutyara. Sebenarnya tak pahit langsung. Tapi tahu kenapa orang cakap macam tu.

“Sebelum judge atau nak hentam barang orang orang, cuba dulu baru komen. Kak Tya be strong and delete all the negativities from your mind okay!.”-Kata Anna Jobling

Tya Arifin turut meluahkan rasa sedih apabila membaca komen negatif yang mempertikaikan keberkesanan produk keluarannya. Jelas Tya, produk jamu keluarannya itu adalah rumusan daripada resepi turun temurun keluarganya di Indonesia yang menggunakan bahan semulajadi dan makanan berasaskan sunnah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Anna JoblingTya Arifin
https://lomp.at/5uiug
Share10Tweet6SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    “Sebelum Judge Atau Nak Hentam….”- Anna Jobling Pertahan Produk Jamu Tya Arifin?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem