Baru-baru ini artis k-pop terkenal Jackson GOT7 muncul sebagai bintang tamu di WOODY FM, Thailand. Dia telah berkongsi banyak perkara yang menarik, termasuk mengenai tabiat luarbiasanya semasa tidur.
Perbualan itu bermula ketika Jackson ditanya tentang bagaimana dia bersantai di rumah. Menjawab hal ini, Jackson berkata bahawa dia biasanya tidur dengan keadaan berbogel.
Ketika hos mengatakan bahawa dia merasa aman menggunakan pakaian semasa tidur, Jackson memberi pendapat berbeza. Jackson berfikir bahawa menggunakan pakaian semasa tidur memberi batasan antara tubuh dan tempat tidur itu sendiri.
“Hanya berikan waktu itu untukmu tanpa pakaian di empat tidur. Tempat tidur tidak akan nyaman jika kamu memakai pakaian, ‘Oh, kamu membuat batasan di antara kita?'” ujarnya dengan penuh semangat.
Pada kesempatan ini, Jackson turut membincangkan perasaannya tentang kemunculan semula GOT7 baru-baru ini. Dia menjelaskan betapa istimewanya GOT7 kepadanya, jadi kemunculan semula mereka bukan hanya tentang kerja.
“Ia benar-benar menyeronokkan. Ia lebih daripada sekadar perniagaan untuk saya,” katanya.
Sudah tentu, kerana Jackson sanggup mengambil cuti tiga bulan daripada jadual peribadinya untuk membuat persiapan untuk kemunculan semula kumpulan itu.
Sementara itu, GOT7 secara rasmi membuat kemunculan semula pada 23 Mei dengan melancarkan album bertajuk “GOT7” dan fancon 2022 “HOMECOMING with I GOT 7”. Seiring dengan itu, mereka turut mengadakan konsert pada 21-22 Mei lalu di Olympic Handball Gymnasium untuk menyambut peminat secara langsung.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.