Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Fizo Omar Dikritik Netizen Selepas Kaitkan Cuti Haid Dengan Cuti Umum?

Fizo Omar mengatakan Malaysia adalah antara negara yang mempunyai banyak cuti umum pada 2019 di Asia Tenggara.

by Naddy Joe
July 22, 2022
Share on Facebook

Umum mengetahui pengenalan cuti haid dan subsidi tuala wanita menjadi tumpuan ketika persidangan Dewan Rakyat. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusof menyatakan bahawa proses pengenalan cuti itu bukan sahaja tentang kesejahteraan wanita, tetapi juga melibatkan implikasi ekonomi negara.

“CUTI HAID?”

Topik ini turut mendapat perhatian pelakon dan usahawan, Fizo Omar yang turut bersuara meminta pendapat orang ramai terhadap topik itu malah turut menyatakan Malaysia adalah antara negara yang mempunyai banyak cuti umum pada 2019 di seluruh Asia Tenggara.

“CUTI HAID? Apa pandangan korang? Nota kaki: Malaysia adalah negara tertinggi yang mempunyai cuti umum (50 hari) di asia tenggara pada 2019.”-Tulis Fizo

View this post on Instagram

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Cetus Kritikan Warga Twitter

Walaubagaimanapun, hantaran Fizo telah mendapat kritikan para netizen di Twitter yang berpendapat senggugut ketika haid adalah berbeza untuk setiap wanita serta mempersoalkan kapsyen Fizo yang mengaitkan cuti umum dengan cuti haid.

“Perlu diingati, senggugut ketika haid berbeza. Ada yang sampai tak boleh bangun, kaki kejang, etc. Sesetengah kita ni privilege sangat sampai tak ada empati. Satu lagi, apa kena mengena cuti umum dan cuti haid. Tu lah duk octafx memanjang, tengok takleh sorok.”

“Tapi exwife fizo ni dulu pernah dijemput dalam tv bincang topik senggugut. Masa tu still kahwin lagi. Mawar kata senggugut dia teruk sampai kena refer doktor apa semua. Tak tau la kalau dapat lelaki jenis acah concern dalam tv je.”

“Fizo ni macam tak pernah kerja company kecik pulak, memang la kita ada 50 hari public holiday tapi tak semua holiday company ambik as their public holiday, mostly company ambik minima amount of public holiday.”

“Fizo Omar ni tak tahu ke dengan 15 mins tu boleh berfikir dan tak jadi bodoh.”

Menurut Astro Awani, Ahli Parlimen Rantau Panjang memberitahu Dewan Rakyat bahawa kajian melibatkan 57,000 responden tentang cuti haid dan subsidi tuala wanita sedang dijalankan dan dijangka selesai pada Oktober.

Isteri Fizo Omar Bersyukur Peroleh Keputusan Cemerlang Selepas Ambil Peperiksaan Ketika Berpantang
fizo omar
https://lomp.at/k2w17
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Video -@syedsaddiq (IG/ Threads)
Lokal

“Tu Hantaran Ke Hiasan”- Netizen Makin ‘Excited’, Video Raya Syed Saddiq Jadi ‘Clue’

by Nurul A.
March 24, 2026

Nampaknya perkongsian video Raya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi beberapa...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Norman Hakim Mohon Maaf Dengan Maria Danisha, Netizen Puji

by Naddy Joe
April 3, 2026

Aktor, Norman Hakim tampil memohon maaf kepada puteri bongsunya, Maria Danisha yang sebelum ini memuatnaik luahan hati yang memberikan bayangan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara