Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi Automotif

Kini Di Malaysia! Ini 6 Fakta Yang Unik Tentang Ford Ranger Generasi Baru

by Rory Kim
July 23, 2022
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Murai.My berpeluang menghadiri pelancaran debut eksklusif Ford Ranger generasi baru yang diadakan di Exhibition Centre, Pavillion Bukit Jalil. Ford Motor Company, bersama rakan pengedar tempatan, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) membawakan Ford Ranger generasi baru beserta pengumuman harganya, menjelang pelancaran rasmi model tersebut untuk pasaran tempatan. Model Ranger generasi baru di Malaysia merangkumi tujuh varian berbeza, termasuk XL, XLT, XLT Plus dan WildTrak.

Apa yang menarik tentang generasi baru ini?

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Mari kita lihat antara fungsi yang menarik tentang Ford Ranger generasi baru ini yang termasuk:

  • Jurutera dan pereka Ford mencipta reka bentuk luaran yang berani dan tegap sekaligus meraih kepercayaan pengguna yang sedikit lasak dalam memandu. Ruang dalamannya juga bergaya menyuntikkan lagi aura pemandunya dan juga berteknologi tinggi selaras dengan zaman pemodernan ini.
  • Ia juga memiliki teknologi baru yang pertama dalam segmen termasuk Evasive Steer Assist yang dapat bantu mengelakkan kemungkinan bertembung secara berhadapan dengan membantu pemandu mengelak dengan lebih cekap. Generasi baru juga memiliki sistem Post-Collision Braking yang mengaktifkan brek selepas pertembungan bagi mengurangkan risiko pertembungan kedua.
  • Ranger generasi baru juga memanfaatkan enjin Bi-Turbo Ford dengan tork 500Nm dan 210 PS yang menjimatkan penggunaan tenaga gas ekzos.
  • Casis dan sistem suspensi juga ditambah baik bagi pemanduan yang lebih berkesan dan pengedalian terjamin. Ruang kargo ditingkatkan dapat membantu meletakkan lebih banyak barangan dan mempunyai fungsi yang lebih baik.
  • Ranger generasi baru akan dibawah jelajah di lima kawasan di seluruh dunia sebelum pelancaran yang dapat pastikan ketahanan model kereta tersebut.
  • Akhir sekali, jaminan lima tahun dan tawaran perkhidmatan lepas jualan serta perkhidmatan ekspres yang baru juga disediakan jadi tidak perlu menunggu lama sekiranya berlaku sebarang kerosakan.

Harga Ford Ranger generasi baru

Harga bagi Next-Gen Ranger XLT Plus bermula daripada RM142,888 manakala bagi Next-Gen Ranger WildTrak bermula daripada RM168,888. Memang harganya agak mahal daripada model-model sebelum ini dan rakyat marhaen mungkin sukar mendapatkan tetapi harganya sangat refleksi dengan kualitinya yang tahan lasak dan tidak mudah rosak.

Secara kesimpulan, kami merasakan model kereta ini sangat sesuai untul pelbagai lapisan masyarakat kerana ianya sesuai untuk kegunaan sendiri dan ianya juga sesuai untuk seisi keluarga. Model kereta ini juga boleh dimanfaatkan dengan cara berbeza, sama ada untuk pergi bekerja, membuat aktiviti lasak, mahupun hanya sekadar berkelah dan beriadah bersama keluarga. Jadi bagi yang berminat, bolehlah membuat tempahan sekarang!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ford rangerford ranger generasi baru
https://lomp.at/eyhtf
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem