Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Alif Syukri Menangis Teresak-Esak, Terharu Bayar Zakat Hampir RM1 Juta?

Usahawan kosmetik terharu mendapat penghargaan istimewa dari Lembaga Zakat Selangor

by Puteri Alia
July 28, 2022
via Instagram Datuk Aliff Syukri

via Instagram Datuk Aliff Syukri

29
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini memuatnaik sebuah video di laman media sosial beliau. Pengasas d’Herbs ini berkongsi momen gembira, di mana beliau menerima sebuah penghargaan yang cukup bermakna dalam hidupnya.

Terima Penghargaan Bayar Zakat Hampir RM1 Juta

Dalam video yang dikongsikan usahawan terkenal ini, Aliff Syukri meluahkan rasa gembira sambil menangis kerana menerima penghargan dari Lembaga Zakat Selangor kerana menjadi diantara pembayar zakat terbesar di negeri Selangor dengan bayaran zakat hampir bernilai RM1 juta.

“Hari indah buat saya dan isteri!! Syukur hari ni @zakatselangor beri penghargaan kepada kami antara pembayar zakat terbesar di Selangor hampir 1 juta pada tahun 2021 hasil bisnes @as.hijabofficial @dherbsholdingshq @sugehecoresort” Coretnya terharu

Aliff Syukri juga mendedahkan beliau mula membayar zakat seawal usia 19 tahun sebanyak RM7 setiap bulan dan kemudian berkat doa dari ibu serta isteri, perniagaan beliau bertambah baik membuatkan usahawan berjaya ini lebih bersemangat untuk membayar zakat.

“Dulu masa saya mula niaga 15 tahun lepas saya hanya mampu bayar RM7 zakat setiap bulan, tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan ianya menjadi satu semangat untuk saya kerja keras!! Terima kasih doa ibu kandung saya @bondarozitaibrahim dan isteri saya @shahidadherbs” Coretnya

via Instagram Datuk Aliff Syukri

Mahu Beri Bantu Pada Yang Memerlukan

Aliff Syukri juga memohon agar orang ramai mendoakan perniagaannya bertambah luas agar dapat memberi lebih banyak bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Alhamdulillah hari ni jadi kenyataan, tidak lah hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya.. Tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat memberi lebih banyak bantuan pada mereka yang memerlukan.” Tulisnya

Bonda Rozita Doakan Aliff

Murai MY menjengah ke ruangan komen dan melihat ibu kepada Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai bonda Rozita meninggalkan komen dengan menitipkan doa dan pesanan untuk anak lelakinya itu.

“Semoga Allah terus bantu kau berjaya dan bagi lagi banyak zakat dan infak ya Allah senang hati mak Kri.” Komen bonda Rozita

via Instagram Datuk Aliff Syukri

Netizen Titip Ucapan Tahniah

Selain bonda Rozita, warganet dan juga beberapa kenalan selebriti menitipkan ucapan tahniah atas penghargaan yang diterima usahawan ternama itu.

“Kagum dengan kalian suami isteri @shahidadherbs” – @vieshantiekhan

“Syukur sahabat” – @wakdoyok

“Amin. Tahniah Dato Sri” – @ifa_raziah

via Instagram Datuk Aliff Syukri

“Alhamdulillah teruskan bantu yang memerlukan”

“Alhamdulillah.. Tahniah Dato dan Datin”

“Alhamdulillah, saya pun nak jadi macam Dato” komen warganet

https://www.instagram.com/p/CghASWFAeZg/

Aliff Syukri Mahu 'Action' Seperti Orang Kaya, Netizen Terhibur!-"Bukan Macam Kaya, Tapi Memang..."

Murai MY juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Aliff Syukri dan semoga lebih ramai lagi yang turut sama memberi zakat agar sedikit sebanyak dapat memberi bantuan pada golongan yang memerlukan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aliff syukriLembaga Zakat Selangor
https://lomp.at/akw2p
Share12Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem