• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Percaturan Seni Diteruskan, Aisha Retno Tampil Dengan Sutera

Penyanyi yang kian meningkat naik, Aisha Retno tampil dengan buah tangan terbaru buat para peminat menerusi single Sutera.

by Arsiqin Yusof
August 1, 2022
Share on Facebook

Penyanyi yang kian meningkat naik, Aisha Retno tampil dengan buah tangan terbaru buat para peminat menerusi single Sutera.

Mendengar pada tajuknya sahaja, pasti ramai yang dapat meneka bahawa penceritaan lagu ini disampaikan secara metafora. Gadis berdarah campuran Malaysia-Indonesia itu akui bahawa Sutera berkisarkan kisah seorang permaisuri Jawa yang pernah dilukai oleh beberapa orang lelaki pada masa lalu.

Mesej perkasakan wanita

Penceritaan Sutera tidak hanya terhenti disitu kerana ia turut disulami dengan mesej untuk memperkasakan kaum wanita.

“Lagu ini adalah lambang seorang permaisuri Jawa. kita tahu sutera sifatnya lembut, agung dan amat dihargai oleh ramai orang. Bagaimanapun, kalau dirosakkan kain itu, habislah tercemar keagungannya. Begitulah juga dengan permaisuri Jawa itu, kalau ada orang yang pernah sakiti hatinya di masa lalu, maka tercemarlah juga
perasaannya.

“Kita kena betul-betul jaga kain sutera, begitulah mesej lagu ini yang disampaikan secara metafora. Permaisuri Jawa ini kerap disakiti oleh beberapa jejaka pada masa lalu. Di bahagian korus lagu ini pula memberitahu untuk lupakan pengalaman pahit yang pernah dihadapi dan teruskan kehidupan menjadi seorang yang lebih baik.

“Jadi, lagu ini mempupuk semangat cinta akan diri sendiri dan pemerkasaan wanita. Sebagai wanita, kita juga boleh berdiri teguh dengan kaki sendiri. Tidak dinafikan wanita perlukan seorang lelaki, tapi apapun diri sendiri mestilah kuat mengharungi kehidupan,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

Gabungan etnik Jawa & moden

Berbicara tentang kelainan yang ditampilkan dalam Sutera, Aisha mengatakan gabungan elemen etnik Jawa dan muzik moden EDM menjanjikan perbezaan berbanding lagu-lagunya yang terdahulu.

“Saya banyak memasukkan elemen-elemen etnik dalam lagu ini, tentunya berbeza kerana sebelum ini saya selalu lancarkan lagu genre balada sahaja. Tapi kali ini, saya tampil dengan genre berbeza dan turut menyelit elemen tarian dalam muzik videonya.

“Lagu ini sangat ‘catchy’, elemen etnik benar-benar membuatkannya istimewa. Di sebalik bunyi etnik atau tradisional itu turut diselitkan elemen moden seperti EDM. Gabungan dua genre inilah yang menambah warna kepada lagu ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam itu berkongsi tentang cabaran menghasilkan pertaruhan terbarunya itu. Menurutnya, dia perlu mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa.

“Saya habis hasilkan lagu ini dalam masa tiga hari sahaja termasuk proses penghasilan (producing). Selain itu, saya juga mencabar diri menerusi lagu pop etnik yang sangat berbeza berbanding apa yang orang dah lihat dalam lagu-lagu saya sebelum ini,” jelasnya.

Apabila seorang anak seni sedang berkarya, sudah tentu akan ada momen istimewa yang dilalui, begitu juga dengan Aisha yang ditemani kucing-kucing kesayangannya ketika mencari ilham untuk menulis naskah Sutera. Kemudian, pembabitan MFMF selaku produser pula berjaya memantapkan lagi hasil akhir karya tersebut.

“Momen istimewa ketika menghasilkan lagu ini adalah saya ditemani oleh kucingkucing saya. Saya duduk di piano dalam masa satu hari (berselang waktu rehat seketika) bersama kucing-kucing itu.

“Saya sangat berpuas hati dengan sentuhan MFMF, mereka sangat pantas buat kerja sebagai produser, siap dalam masa satu hari sahaja. ,” katanya lagi.

Harap dapat sambutan baik

Oleh demikian, Aisha berharap single Sutera mendapat putaran radio selayaknya dan mampu menghiburkan hati para peminat.

“Saya tak minta banyak, saya harap peminat terhibur dengan karya saya. Semoga lagu ini mendapat sambutan hangat dan boleh dijadikan trend atau cabaran di aplikasi TikTok, peminat boleh menari bersama apabila mendengar dan menonton muzik video Sutera. Saya juga berharap agar lagu ini diterima serta dimainkan di corong-corong radio. Saya pun tak sabar untuk menyanyikan lagu ini secara live dalam mana-mana persembahan nanti,” katanya menutup bicara.

‘Sutera’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi platform penstriman muzik terpilih seperti Spotify, Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, YouTube dan YouTube Music.

YouTube video
[VIDEO] Aisha Retno Kongsi Momen Bertemu Ariana Grande & Cynthia Erivo, Netizen & Rakan Selebriti Teruja!
Aisha Retno
https://lomp.at/5lwpn
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    Fenomena ‘Reseller’ Di Kedai Barangan Terpakai Cetus Rasa Tidak Selesa Pengunjung

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore