Jenama telefon pintar Wiko sedang membuat kemunculan semula di pasaran Malaysia dengan model terbaru mereka, Wiko T50, yang telah dilancarkan pada 2 Ogos 2022.
Sebelum ini, jenama ini telah membuat kemunculan mereka yang pertama di Malaysia dengan model Wiko Highway Pure pada tahun 2018. Sejak daripada itu, jenama ini tidak dijual di pasaran sehingga kini.
Reka bentuk yang anggun
Kami berpeluang merasai pengalaman menggunakan telefon pintar ini dengan warna iaitu Chrome Aqua Green. Warna lain yang tersedia adalah Midnight Black, juga menarik kerana terlihat lebih premium dan elegan. Ia juga terdapat rona warna Lively Pink tetapi warna ini tidak dijual di pasaran Malaysia.
Warna Chrome Aqua Green seolah-olah warna lautan yang menyuntik aura anggun bagi sesiapa yang memilikinya. Casing telefon lutsinar yang disediakan mampu untuk mengelakkan cap jari untuk melekat di belakang skrin telefon.
Antara aksesori lain yang datang bersama model telefon ini adalah plug charger, pin telefon, screen proctetor, dan buku mengandungi arahan menggunakannya. Skrin telefon ini juga luas dengan paparan skrin 6.6 inci yang juga mempunyai resolusi HD+ yang bagus. Jom saksikan video UNBOXING Wiko T50 di bawah;
Jika lihat pada video, anda akan dapat lihat pada sisi kanan terdapat butang laras kelantangan bunyi. Di bahagian atas pula terdapat bicu audio 3.5mm. Sementara itu di bahagian bawah terdapat port pengecasan USB-C, talam dwi-SIM nano dan kekisi untuk speaker mono. Sedikit aneh ialah tiada slot untuk kad mikro SD yang biasanya menjadi ciri biasa pada peranti dalam kelas permulaan di Malaysia.
Sesuai untuk permainan telefon
Berbekalkan 6GB bersama kapasiti simpanan dalaman seluas 128GB, model telefon ini sangat sesuai bagi para ‘gamers’ yang mampu menghabiskan berjam-jam lamanya bermain permainan video.
Bateri telefon ini juga mampu untuk bertahan agak lama tanpa perlu dicas selalu. Dengan kabel cas 40W, telefon ini mampu dicas daripada 0% sehingga 65% dalam hanya masa 30 minit.
Telefon ini dijual dengan harga bermula daripada RM899 dan ianya akan dijual dengan lebih murah di jualan 8.8 Shopee yang akan datang. Jadi bagi yang berminat untuk memiliki telefon pintar yang anggun dan canggih menurut kami ini, bolehlah dapatkan segera di pasaran!
Kamera
Untuk mengambil gambar, bahagian belakang tersedia tiga kamera yang menampilkan kamera utama 64MP, lensa sudut ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Untuk swafoto, punch-hole kecil di bahagian atas paparan menempatkan kamera hadapan 16MP. Secara keseluruhannya, saya boleh katakan kamera T50 Wiko melakukan tugasnya dengan memuaskan untuk pengguna biasa, tetapi jangan mengharapkan spesifikasi dan kualiti yang unggul.
Wiko T50 akan tersedia untuk pembelian dalam talian mulai 5 Ogos dan seterusnya dari kedai Shopee rasminya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.