Saturday, September 30, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Primadona Simbol Seks Era 70an, Olivia Newton-John Meninggal Dunia

Primadona jelita ini menghembuskan nafas terakhir dikediamannya di California Selatan

by Puteri Alia
August 9, 2022
via Instagram Olivia Newton-John

via Instagram Olivia Newton-John

65
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam (Isnin) dunia dikejutkan dengan berita sedih tentang primadona Hollywood era 70’an, Olivia Newton-John, di mana pelakon dan penyanyi jelita itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 73 tahun di samping keluarga tersayang.

Perginya Primadona Ikonik

Berita kematian bintang filem popular ‘Grease’ ini dikongsikan oleh suami Olivia sendiri iaitu John Easterling, yang memuatnaik perkhabaran sedih tersebut menerusi muatnaik di akaun Instagram milik isterinya.

Menerusi coretan yang dikongsikan, John meminta agar orang ramai dapat memberi ruang dan privasi buat mereka sekeluarga pada masa ini.

“Dame Olivia Newton-John (73) meninggal dunia di kediamannya di California Selatan pagi ini disamping ahli keluarga dan rakan-rakan. Kami mohon agar semua orang menghormati privasi keluarga semasa saat sukar ini.” Coretnya

30 Tahun Berjuang Lawan Kanser

Murai MY menjengah ke Instagram Olivia, primadona jelita ini bukan saja dikenali sebagai selebriti serba boleh tetapi juga dilabelkan sebagai ikon simbol seks yang digilai ramai sewaktu eranya.

Namun perjalanan hidup Olivia tidak semanis yang orang ramai sangkakan apabila dia disahkan menghidap penyakit kanser payudara.

Bintang filem ini telah berjuang melawan penyakit kanser yang dihadapinya lebih dari 30 tahun, dan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai Olivia Newton-John Foundation Fund yang berdedikasi membuat penyelidikan tentang tumbuhan perubatan dan kanser.

via Instagram Olivia Newton-John

Meratapi Pemergian Idola

Perkongsian khabar berita sedih di Instagram itu mengejutkan banyak pihak, rata-rata ramai yang meratapi pemergian ikon ikonik tersebut dan mengucap takziah buat suami dan keluarga primadona tersebut.

“Takziah kepada John, Chloe dan keluarga. Sebuah kehilangan yang tak terkata.”

“Rehatlah di alam abadi wanita cantik. Anda banyak bawakan cahaya dan kasih sayang di dunia ini.”

“Sangat sedih..” Komen mereka

via Instagram Olivia Newton-John

“Hati saya bersama anda sekeluarga meratapi.”

“Tenanglah di sana Olivia.”

“Sangat sedih mendengarnya, tenanglah di sana.” Komen mereka lagi

Takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang Olivia Newton-John.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Olivia Newton-John
Share26Tweet16SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

  2. 2

    [VIDEO] Puteri Ameerah Dipuji Cantik & Anggun Oleh Rakyat!-“Cara Dia Berjalan Ada CLASS!”

  3. 3

    [VIDEO] “Saya Nak Tidur Dengan Tenang, Itu Jer”- Khairul Aming

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terpukau Lihat Kereta Terbaru Ameera Khan-“Mummy & Daddy Hadiahkan BMW i7”

  5. 5

    Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan