Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Memang Nak Sangat Dikecam Ke” – Ustaz Elyas Ismail Hairan Dengan Jutawan?

Pendakwah hairan dengan sikap segelintir jutawan suka mengadakan isu sehingga mengundang tohmahan netizen

by Puteri Alia
August 19, 2022
via Instagram Ustaz Elyas Ismail

via Instagram Ustaz Elyas Ismail

Share on Facebook

Satu perkongsian milik penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Elyas Ismail menarik perhatian warganet dan juga lensa Murai MY hari ini.

Jutawan Suka Buat Kontroversi?

Ustaz Elyas Ismail memberi teguran menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Instagramnya dengan membangkitkan isu sikap segelintir jutawan yang sering mengundang kontroversi meski telah berulang kali ditegur.

“Bila dia buat satu-satu tindakan tu dia macam dia tak hairan, orang cakap apa. Apa dia buat. Apa dia nak cakap. Apa yang dia nak pamerkan pada masyarakat. Dia macam tak hairan, apa orang nak kata. Apa orang nak cakap.

Sebab apa “aku banyak duit, aku nak buat apa pun kau bagi duit dekat aku ke?” Maaf ya saya nak tegur sikit. Saya nak tegur rakan-rakan di luar sana. Jutawan-jutawan. Tak kiralah jutawan apa sekali pun.

Bayangkanlah satu hari nanti kalau ada budak-budak kita tanya dia nak jadi apa satu hari nanti. Nak jadi jutawan yang boleh bergedik, yang boleh menari, yang boleh melompat-lompat dengan buat gaya tak senonoh nak jadi jutawan macam tu. Macam tu ke generasi kita nak lahirkan?” Ujarnya.

Melihat pula coretan yang ditulis pendakwah ini, ustaz Elyas Ismail meluahkan rasa hairan dengan kelakuan segelintir jutawan yang melakukan sesuatu sehingga mengundang tohmahan masyarakat pada diri mereka.

“Kadang-kadang tak faham dengan orang-orang yang dah sangat kaya, terkenal, semua dia ada. Tapi sibuk nak buat isu, memang nak sangat dikecam ke? Suka sangat diri dibenci?” Coretnya

via Instagram Ustaz Elyas Ismail

Doa Agar Mendapat Hidayah

Muatnaik pendakwah ini mendapat pelbagai reaksi dan komen warganet di mana rata-rata mereka bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz Elyas Ismail.

“Selagi ada yang menonton video-video mereka. Selagi tulah mereka tak berhenti.”

“Betul sangat ustaz. Makin di tegur, makin menjadi. Macam tak ingat hidup ni bukan selama-lamanya.”

“Teguran yang sangat baik ustaz. Semoga mereka mendapat hidayah untuk berubah. Sama-sama kita doakan. Amin.” Komen mereka

via Instagram Ustaz Elyas Ismail

“Semoga mereka semua mendapat hidayah.”

“Bila memilih harta daripada aib.”

“Mungkin dia tunggu ALLAH tegur.” Komen mereka lagi

View this post on Instagram

A post shared by Ustaz Elyas Ismail (@ustazelyasismail)

Apa pandangan anda tentang isu ini?

ustaz elyas ismail
https://lomp.at/bs43t
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Goyang Raya 1119 (Triple1nine)
Lokal

Kumpulan 1119 Rai Pelbagai Budaya Di Malaysia Dengan ‘Goyang Raya’

by Nurul A.
March 14, 2026

Tahun 2026 membuka tirainya dengan penuh kemeriahan. Suku pertama tahun ini menyaksikan keunikan budaya Malaysia apabila sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Lokal

Syifa Melvin Kongsi Reaksi Saif Selepas Lahirkan Anak Kedua, Para Ibu Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 27, 2026

Umum mengetahui pelakon dan model, Syifa Melvin baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Isnin. Kongsi Syifa...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Kongsi Momen Lucu Bercuti Di Jepun, Peminat Komen-“Rasanya Saya Kena Belajar..”

by Naddy Joe
January 19, 2026

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir ketika bercuti di Jepun sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen lucu mereka sekeluarga pernah...

Read moreDetails
Foto - @hannahdelisha (IG)
Lokal

Didakwa Ganggu Hannah Delisha, Individu Tegur Sikap Lelaki- “Sibuk Nak Pegang Tangan Sampaikan…”

by Nurul A.
March 11, 2026

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar tentang pelakon jelita Hannah Delisha kan? Pagi tadi, MURAI ternampak sebuah hantaran seorang pengguna...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara