Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

MYDIN Komited Ringankan Kos Perbelanjaan Rakyat

by Arsiqin Yusof
August 19, 2022
Share on Facebook

Sempena sambutan ulang tahun yang ke-65 yang seiring bulan Kemerdekaan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menganjurkan Kempen MYDIN 65 Tahun “Bersama Keluarga Malaysia” dan Kempen Beli Barangan Malaysia bagi menawarkan promosi dan penjimatan berganda bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Kempen ini telah dilancarkan oleh YB Dato’ Haji Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan telah mendapat kerjasama 84 jenama terdiri dari rakan-rakan strategik dan pembekal antaranya MyDebit, Atome, PnG, Shopee, Boost dan banyak lagi.

Pelbagai aktiviti dan promosi menarik telah dirangka sepanjang kempen berlangsung sehingga 30 Oktober 2022 ini. Bakal menjadi tumpuan antaranya ialah peraduan bersama rakan-rakan strategik kempen antaranya MyDebit, Boost dan banyak lagi yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1,000,000.

Kempen Beli Barangan Malaysia

Selain itu, MYDIN turut menjalin kerjasama dengan KPDNHEP bagi menjayakan Kempen Beli Barangan Malaysia. Kempen tersebut bertujuan untuk menghidupkan kembali perniagaan tempatan khususnya Industri Kecil dan Sederhana yang terkesan akibat pandemik Covid-19 baru-baru ini. MYDIN juga memberi peluang kepada usahawan-usahawan baharu untuk memperkenalkan produk mereka dan memasuki pasarannya melalui peraduan “Pitch to Win”.

Tiga pemenang bagi peraduan “Pitch to Win” memenangi pakej pemasaran bernilai lebih RM100,000 dan berpeluang memasarkan produk mereka di seluruh cawangan MYDIN. MYDIN juga turut menganjurkan seminar keusahawan “Bersama Kita Bangkit” oleh pakar-pakar industri perniagaan bagi memberi pendedahan kepada usahawan baharu dan bakal usahawan untuk menguruskan perniagaan dan memasarkan jenama mereka.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, “Kami amat memahami kesusahan dan bebanan yang ditanggung oleh Keluarga Malaysia terutamanya dalam tempoh mencabar ini dengan kenaikan kadar inflasi dan harga barangan akibat gangguan global.

Kebanyakan isi rumah dan peniaga terkesan akibat peningkatan harga barangan dan kita baru melalui fasa endemik dan masing-masing sedang berusaha untuk kembali pulih. Ini merupakan masa MYDIN untuk tampil bersama-sama mereka bagi membantu dan meringankan perbelanjaan mereka”.

Pelanggan yang ingin menikmati harga diskaun ini boleh segera mendaftar sebagai Ahli Kad Meriah. Sebarang maklumat lanjut berkenaan kempen boleh melayari laman sesawang rasmi “mydin.my”.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
mydin
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Anwar Ibrahim
Spotlight

[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”

by Nurul A.
September 22, 2026

Kongsian sekeping gambar di akaun media sosial milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencuri perhatian ramai. Dalam...

Read moreDetails
Khairul Aming Rembayung
Spotlight

“Cik Buat Dua Separate Booking”- Khairul Aming Ulas Isu Gabung Meja Rembayung

by Nurul A.
October 21, 2026

Nama usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, terus menjadi bualan. Dan kali ini disebabkan oleh seorang...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Lokarya, pelangi selepas hujan, lie
Spotlight

“Pelangi Selepas Hujan” & “Lie”, Lokarya Kembali Dengan 2 Single Terbaru

by Nurul A.
September 10, 2026

Kumpulan indie Malaysia, Lokarya kini membuka lembaran baharu menerusi dua single terbaharu, “Pelangi Selepas Hujan” dan “Lie”, yang bakal menjadi...

Read moreDetails
wanita hari ini, whi
Spotlight

Wajah Baharu, Lebih Segar & Padat- Wanita Hari Ini Inspirasi Tanpa Sempadan

by Nurul A.
September 11, 2026

Program bual bicara wanita popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI) bakal tampil dengan wajah baharu menerusi pendekatan yang lebih segar...

Read moreDetails
Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Siti Nurhaliza TokTi
Spotlight

Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- “Dato K Pun…”

by Nurul A.
September 25, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Airell Rezell, mengenai ciri pasangan idaman yang pandai menggosok pakaian telah mengundang perhatian...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara