Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

ISTIMEWA MERDEKA: Mechamato Tawan 65 Negara Dalam 8 Bulan!

by Phic ARMAN
September 1, 2022
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Dari Malaysia ke seantero dunia! Itulah Mechamato, siri animasi terbaharu keluaran studio animasi tempatan; MONSTA apabila ia telah mendapat hak siaran di 65 buah negara di seluruh dunia. Selepas kejayaan animasi BoBoiBoy, MONSTA kini sedang giat melangkah lebih jauh ke persada dunia menerusi animasi terbarunya Mechamato.

Animasi Mechamato yang dilancarkan pada November 2021 menerusi saluran antarabangsa Cartoon Network Asia ini dibangunkan dengan sokongan dana dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), bertujuan untuk membantu mengeksport animasi Malaysia ke peringkat antarabangsa sekaligus menjadikan Malaysia antara pengeluar animasi utama di rantau Asia Pasifik.

“Mechamato sudah pun bersiaran di negara-negara Asia Pasifik, Jepun, Korea Selatan, Australia, Taiwan dan banyak lagi, dan selepas pengumuman rasmi siaran Mechamato bakal ditayangkan di Portugal pula pada bulan lepas, siri animasi ini terus mendapat perhatian dengan penambahan siaran di 40 buah negara baru termasuk di India, Turki, Timur Tengah dan Afrika,” kata Pengarah Pemasaran MONSTA, Faiz Zainal Aabidin.

“Kami teruja dengan pencapaian Mechamato yang terus mendunia. Dan bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65 tahun ini, Mechamato sebagai ‘Adiwira Kita’ digambarkan bakal membakar semangat dan memberi inspirasi kepada semua untuk lebih yakin dalam kesungguhan untuk melangkah lebih jauh dalam persada antarabangsa.”

Tidak cukup dengan itu, siri animasi ini bakal menemui rakyat Malaysia menerusi lebih banyak saluran utama antaranya stesen televisyen tempatan TV9 dan TV3, penstriman NETFLIX dan saluran Youtube MONSTA bermula bulan Oktober ini. Peminat di Indonesia dan Singapura turut bakal menonton siri animasi Mechamato di pelbagai rangkaian utama negara-negara tersebut bermula pada bulan yang sama.

YouTube video

Kemuncaknya pula, sebagai penutup tahun 2022, ‘Mechamato Movie’ bakal menemui penonton pada bulan Disember ini di pawagam seluruh negara. Sebuah video khas tentang perjalanan siri animasi Mechamato di persada antarabangsa boleh ditonton di saluran Youtube MONSTA dan stesen TV tempatan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2022.

Tonton siri animasi Mechamato sekarang di saluran Cartoon Network Asia, HBO GO, Astro Prima dan di aplikasi Astro Go. MONSTA ingin mengucapkan selamat Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia ke-59 kepada semua, mari bersama-sama meletakkan nama negara di pentas dunia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

https://lomp.at/6jzco
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    ISTIMEWA MERDEKA: Mechamato Tawan 65 Negara Dalam 8 Bulan!

  4. 4

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  5. 5

    Ameera Khan Kongsi Momen ‘Sweet’ Di Milan Bersama Jefri Nichol, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem