• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Padu Citra Bakal Hidup Semula? Eizlan Yusof Beri Amaran Keras!

Eizlan dedah kewujudan program Padu Citra hanya memeras wang keringat warga seni kreatif tanah air

by Puteri Alia
September 5, 2022
via Instagram Datuk Seri Eizlan Yusof

via Instagram Datuk Seri Eizlan Yusof

Share on Facebook

Pelakon dan pengarah terkenal tanah air, Datuk Seri Eizlan Yusof memuatnaik video di media sosialnya di mana di dalam rakaman tersebut beliau bersuara tentang isu sensasi mengaitkan Padu Citra .

Perah Keringat Warga Industri Seni?

Menjengah ke Instagram aktor dan pengarah ini, Eizlan berharap berita tentang Padu Citra yang bakal kembali dihidupkan semula hanya sekadar khabar angin semata.

Eizlan mendedahkan program yang ditubuhkan dibawah Finas ini sebenarnya memeras anggotanya, dan mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan warga industri seni bekerja jika tidak menjadi mana-mana ahli persatuan yang ada.

“Ada pihak yang cuba menghidupkan kembali Padu Citra. Padu Citra adalah satu program di dalam Finas yang ‘memberi’ kuasa kepada persatuan-persatuan yang terlibat untuk memeras ahli-ahli mereka.

Maksudnya di sini sekiranya mereka tidak menjadi ahli mana-mana persatuan yang ada. Dan juga tidak membayar yuran dan sebagainya mereka tidak dibenarkan untuk bekerja, untuk mencari rezeki di dalam industri.

Tak kiralah pelakon atau pun pekerja belakang tabir. Jadi ini akan memberikan satu impak yang sangat negatif.” Ujarnya

Beri Amaran

Di dalam video tersebut, Eizlan dengan tegas memberi amaran agar individu bertanggungjawab tidak mengambil kesempatan ke atas penggiat seni yang bekerja sebagai pelakon mahupun sebagai yang bertugas disebalik tabir.

“Saya dekat sini ingin memberi amaran, kepada manusia-manusia tak bertanggungjawab ni. Jangan ambil kesempatan ke atas warga industri seni kreatif tanah air yang ada sekarang ni. Jangan fikir tembolok kau orang aja. Jangan fikir nak perah hasil keringat orang lain.

Ianya bertentangan dengan perlembagaan Malaysia. Bila kita nak berpersatuan, kita tidak boleh untuk memerah atau peras ahli-ahli kita untuk masuk persatuan, ianya sepatutnya sukarela.” Katanya tegas

Bakal Ambil Tindakan

Murai MY melihat pula coretan yang ditulis Eizlan diruangan kapsyen, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika program tersebut diwujudkan kembali.

“Diharapkan apa yang sampai pada saya hanyalah khabar angin tetapi sekiranya perkara tersebut benar berlaku.. Saya tak teragak-agak untuk mengambil tindakan bagi melawan usaha jahat ini @finasmalaysia @kkmm_gov” Coret beliau

via Instagram Datuk Seri Eizlan Yusof

Menyokong Tindakan Eizlan

Video yang dikongsikan Eizlan mendapat perhatian warganet, menjengah ke ruangan komen rata-rata ramai yang menyokong apa yang dikatakan pelakon dan pengarah terkenal ini.

“Terbaik bang, saya sokong.”

“Terbaik abang. Jangan biarkan orang-orang macam ni mengambil kesempatan. Semoga dipermudahkan segala urusan.” Komen mereka

via Instagram Datuk Seri Eizlan Yusof

“Terbaik bang, saya setuju.”

“Moga dipermudahkan urusan Datuk Seri.” Komen mereka lagi

https://www.instagram.com/p/CiHCNrogu4R/

Sekadar info, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Dr. Ahmad Ibrahim menggesa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk mewujudkan kembali program Padu Citra yang telah dimansuhkan pada tahun 2021 untuk menggalak penggiat seni menjadi ahli FDAM.

eizlan yusofFDAMfinasPadu Citra
https://lomp.at/mljr4
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore