Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Koyak Janganlah’- TMJ & MB Kedah Berbalas Sindiran?

by Puteri Alia
September 22, 2022
via Instagram Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim/Facebook Muhammad Sanusi Md Nor

via Instagram Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim/Facebook Muhammad Sanusi Md Nor

Share on Facebook

Kestabilan ekonomi, pentadbiran dan kejayaan dalam sukan negeri Johor, terserlah menerusi perkongsian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Instagram Story baginda baru-baru ini.

Pakar Kegagalan, Tuju Pada Siapa?

Namun terdapat salah satu hantaran TMJ yang cukup menarik perhatian warganet dan juga lensa Murai MY, di mana pemilik kelab Johor bola sepak Darul Takzim (JDT) ini memuatnaik karikatur maskot McDonald’s.

Hantaran berkenaan seolah-olah memerli Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor seorang yang gagal.

“Suweynasi

Dari dulu baik zip aja mulut tu. Makin banyak bunyi makin terserlah kebodohan. Pegang semua benda gagal. Negeri gagal, ekonomi gagal, sukan gagal, semua gagal. Ini namanya pakar kegagalan.” Coret TMJ

via Instagram Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Melihat hantaran TMJ yang lain, baginda turut berkongsi senarai pungutan pingat kontingen setiap negeri dalam pertandingan Sukan Malaysia (Sukma) di mana negeri Johor menduduki tangga pertama dengan kutipan pingat keseluruhan sebanyak 130 berbanding negeri yang lain.

Malah TMJ juga memuatnaik senarai piala yang berjaya diboloti dari pasukan bola sepak, netball, rugbi, sepak takraw dan hoki. Selain berkongsi kejayaan kontigen sukan negeri Johor, TMJ juga turut berkongsi info prestasi ekonomi negeri baginda yang berjaya mencatat jumlah pelaburan tertinggi dalam negara.

via Instagram Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

MB Kedah Tak Koyak

Murai MY menjengah ke laman Facebook Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Sanusi memuatnaik hantaran yang memberi respon balas kepada TMJ terhadap perlian yang ditujukan kepada beliau dengan kapsyen yang ringkas.

“Panaih (panas) tak paaa.. Koyak jangan laaa..” Tulis Sanusi

Berdasarkan kapsyen tersebut, boleh dikatakan Menteri Besar Kedah ini tidak berasa terkesan dengan apa yang ditulis oleh TMJ dan tetap dengan pendirian untuk menjadi diri beliau sendiri.

TMJ & Keluarga Tunai Umrah, Sempat Bertemu Legenda Ragbi Sonny Bill Williams di Masjidil Haram, Makkah
via Facebook MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor

Perang perbandingan pelbagai aspek antara kedua-dua individu berprofil tinggi sering kali terlihat di media sosial, apa pandangan anda tentang hal ini?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
MB KedahSanusiTmj
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara