Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Dengar Latihan Vokal Ernie Zakri & Syamel, Buat Peminat Teruja Tunggu Konsert!

Vokal mantap Ernie dan Syamel mendapat pujian dan ramai yang tak sabar menanti waktu konsert bulan Oktober Ini

by Puteri Alia
September 26, 2022
via Instagram Ernie Zakri

via Instagram Ernie Zakri

16
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi berbakat, Ernie Zakri memuatnaik klip video rakaman semasa sesi latihan vokal bersama pensyarah vokal terkenal tanah air, Datuk Syafinaz Selamat di Instagramnya baru ini.

Berlatih Demi Konsert

Dalam muatnaik terkini Ernie, pelatun lagu ‘Ku Bersuara’ ini mendedahkan rakaman video yang dikongsikannya itu merupakan sesi latihan vokal sewaktu Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-32.

Dan kini, Ernie bersama suaminya Syamel membuat keputusan untuk kembali berlatih semula latihan vokal demi memberi persembahan yang terbaik untuk konsert mereka dengan tajuk ‘Aku Cinta’ yang bakal diadakan pada bulan depan.

“Latihan vokal terakhir kami bersama Datuk masa AJL32. Kemudian, kami buat keputusan untuk berlatih semula terutamanya untuk @SEAKUCINTA.

Saya temui perkara baru dari suara saya, Bang Mel pun! Banyak perkara yang kita boleh teroka dalam seni suara.

Kongsi sedikit bersama anda semua perjalanan kami untuk konsert. Doakan!” Tulis Ernie

via Instagram Ernie Zakri

Teruja Tunggu Konsert

Muatnaik yang dikongsikan Ernie mendapat perhatian para peminatnya, rata-rata ramai yang meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menanti waktu persembahan pasangan selebriti ini.

“Tak sabar”

“Serius bang Mel @syamel_official takut kita nak pergi konsert ni. @erniezakri tak sabar”

“Aaa tak sabar” komen peminat

via Instagram Ernie Zakri

Dalam pada itu, ada juga yang memuji Ernie dan Syamel bersikap merendah diri untuk belajar semula latihan vokal walaupun mereka telah banyak menang anugerah.

“Merendah dirinya. Dah menang macam-macam anugerah pun masih belajar untuk jadi lebih baik”

“Artis yang vokalnya memang dah padu pun masih sanggup nak belajar vokal k!”

“Hebat” komen mereka lagi

View this post on Instagram

A post shared by Aura (@erniezakri)

Untuk rekod, konsert ‘Aku Cinta’, pasangan bersuara emas ini bakal mendendangkan 23 buah lagu bagi menghiburkan peminat. Ernie Zakri dan Syamel bakal diadakan pada 23 Oktober 2022 di Zepp Kuala Lumpur.

Harga tiket persembahan bermula dari RM200 sehingga RM500, bagi yang berminat boleh mendapati tiket menerusi Uber Tickets [SINI].

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Rutin Harian Khawla Sebelum Ke Sekolah Buatkan Netizen Terhibur-"Sebijik Ernie Zakri"
ernie zakriKonsert Aku Cintasyamel
https://lomp.at/yrnnk
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem