Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Mengalami Krisis Rumahtangga, Lesti Kejora Buat Laporan Polis

by Rory Kim
September 30, 2022
Share on Facebook

Berita kurang menyenangkan datang dari rumah tangga pasangan selebriti, Lesti Kejora dan Rizky Billar menjadi perhatian netizen. Rabu lalu, Lesti Kejora diketahui membuat laporan polis berkaitan Kekerasan Dalam Rumah Tangga atau KDRT.

VIA Instagram lestykejora

Memetik laporan  KOMPAS.com, dakwaan keganasan rumah tangga melibatkan Lesti Kejora dan Rizky Billar segera menjadi perhatian ramai pihak. Hal ini kerana, kedua-duanya diketahui sering menunjukkan kemesraan dan keharmonian bersama dalam pelbagai majlis. Bukan itu sahaja, menerusi laman sosial, pasangan suami isteri itu juga diketahui sering memuat naik detik-detik bersama di media sosial.

Lesti Buat Laporan Polis 

Dalam laporan yang dibuat, Lesti Kejora yang ditemani peguam bela, membuat laporan berkaitan dakwaan keganasan rumah tangga yang dilakukan suaminya, Rizky Billar.

Sementara Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Jakarta Selatan, Nurma Dewi turut menyatakan bahawa menurut apa yang didakwa Lesti, suaminya adalah pelaku yang dimaksudkan.

“Kalau menurut saudari Lesti, adalah KDRT yang dialaminya. Menurut beliau adalah suaminya pelakunya,” ujarnya.

Dewi juga menyebut bahawa bukti dalam bentuk bedah siasat akan dilakukan bagi menjadi fakta sokongan terhadap laporan yang dilakukan.

“Bedah siasat? Pasti kami akan buat kerana apa yang dilaporkan adalah keganasan rumah tangga. Jadi bukti dan fakta adalah bedah siasat,” sambungnya.

Beliau juga berkata, sekiranya bukti telah dikumpul, pihak yang dilaporkan iaitu Rizky Billar akan dipanggil dan saksi lain akan menjalankan pemeriksaan.

Dicekik Dan Dicampak

VIA Instagram Lesry Kejora

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, Endra Zulpan, individu yang dilaporkan cuba menolak mangsa ke atas katil selain mencekik lehernya.

“Orang yang dilaporkan cuba menolak mangsa dan mencampakkan mangsa ke atas katil serta mencekik leher mangsa sehingga mangsa terjatuh ke lantai dan ini dilakukan berulang kali,” jelas Endra Zulpan.

Bukan itu sahaja, Endra Zulpan turut memberitahu Lesti Kejora menerima lebih banyak keganasan fizikal.

“Orang yang dilaporkan cuba menarik tangan mangsa ke arah bilik air dan mencampakkan mangsa ke lantai dan berulang kali. Sehinggakan tangan kanan, dan kini leher serta badannya berasa sakit. Disebabkan kejadian ini mangsa berasa sakit, ” katanya.

Berdasarkan tinjauan Murai MY, pasangan tersebut setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes tersebut.

Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Lesty kejorarizky Billar
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @nadhifbasalamah (IG)
Indonesia

Penyanyi Lelaki Luah Tertekan Jadi ‘Mangsa’ Gangguan Peminat Lelaki- “Saya Rela…”

by Nurul A.
June 30, 2026

Penyanyi lelaki Indonesia, Nadhif Basalamah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalamannya diganggu oleh peminat lelaki. Menerusi beberapa ciapannya di platform...

Read moreDetails
Foto - @maiaestiantyreal (IG)
Indonesia

Tidak Gaduh, Tapi Ini Sebabnya Maia Estianty & Suami Tidak Sebumbung Sejak Awal Perkahwinan

by Nurul A.
July 3, 2026

Penyanyi Maia Estianty mendedahkan keunikan perkahwinannya dengan ahli perniagaan Irwan Mussry. Kebiasaannya, pasangan suami isteri akan tinggal bersama, di bawah...

Read moreDetails
Update

Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

by Phic ARMAN
July 13, 2026

MURAI rasa ini antara kisah yang memang buat ramai naik darah. Apa yang sepatutnya menjadi rutin membeli barangan dapur bertukar...

Read moreDetails
Foto - @kitelikenerves (IG)
Spotlight

Penyanyi Pop Indonesia, HNATA Kembali Dengan Single Baharu “nothing stays the same”

by Nurul A.
July 14, 2026

Penyanyi pop Indonesia HNATA kembali dengan single baharu daripada album sulungnya yang akan datang, SAYONARA! bertajuk "nothing stays the same"....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  3. 3

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

  4. 4

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  5. 5

    Tampil Di Ulang Tahun Ke-25 “The Fast & The Furious”, Anak Paul Walker Curi Perhatian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara