Friday, February 3, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Viral

Dari Skandal Hingga Menjijikkan, Netizen Kongsi Pengalaman Naik & Bawa E-Hailing

Banyak kisah-kisah yang dikongsikan netizen tentang pengalaman mereka di media sosial

by Mas Ayu
October 4, 2022
via Grab Car Driver

via Grab Car Driver

707
KONGSIAN
Share on Facebook

Di Malaysia penggunaan pengangkutan ‘e-hailing’ tidak asing lagi dalam kehidupan, dan pastinya terdapat banyak kisah atau cerita menarik pernah berlaku pada penumpang mahupun yang pemandu ‘e-hailing’ sepanjang menggunakan servis pengangkutan ini.

Baru-baru ini Murai MY menjengah ke laman Twitter di mana salah satu ciapan milik @IntanSuriaAris menarik lensa Murai dan juga pengguna media sosial yang lain.

“Orang yang bawak kereta Grab mesti pernah dengar ‘rahsia’ yang di borak dalam kereta atau telefon. Kongsi lah bosan ni.” Ciapnya

via Twitter Intan Suria Aris

Pengalaman Pemandu

Gara-gara ciapan tersebut, ramai pengguna media sosial yang pernah bekerja sebagai pemandu ‘e-hailing’ berkongsi pengalaman mereka mengambil penumpang diruangan ciapan.

“Ambil seorang lelaki ni dari rumah dia BSP nak ke KLIA. Isteri siap cium tangan mungkin si suami nak kerja luar rasanya. Tiba-tiba dalam kereta si suami telefon seseorang dan cakap ‘Abi dah nak sampai rumah’ lepas tu terus minta tukar tempat turun dari KLIA ke Cyberjaya..”

“Sedikit pengalaman lah. Dapat dua kali ambil penumpang nangis dalam kereta. Sekali Datuk dengan skandal dan akhir pasangan tak sabar nak main, bercumbuan dalam kereta.” Ciap mereka

via Twitter

“1. Wanita Cina ni tetiba nangis, rupanya teman lelaki minta putus. 2. Perempuan Indonesia borak pasal nak besarkan payudara. 3. Pak ustaz sembang pasal rezeki, tapi bayar tak cukup RM3 minta halal. Nasib baik kerja seterusnya tu pelanggan baik.”

“Pernah bawa makcik jual tisu dengan anak dia. Dari Kampung Baru ke Jalan Tun Sambanthan. Serba salah nak amil ke tak duit dia bayar.” Ciap mereka lagi

via Twitter

Nasib Penumpang ‘E-Hailing’

Ciapan berkenaan juga menarik perhatian warganet yang pernah menjadi penumpang dan menggunakan perkhidmatan ‘e-hailing’, rata-rata mereka berkongsi pelbagai pengalaman yang tidak dapat mereka lupakan di laman Twitter.

“Saya pernah naik Grab dari Cyberjaya ke Putrajaya Sentral. Pemandu wanita. Masa masuk bau dalam kereta busuk sangat-sangat. Paling teruk, baju dalam dan sebagainya di tempat duduk belakang. Tengok pada pakaian, seperti baru lepas bersenam. Nasib baik dekat, tapi memang nak muntah. Terus bagi satu bintang.”

“Pernah sekali naik Grab/Uber, kereta kotor bau ubat gegat. Pemandu busuk, kelemumur terabur kat tempat duduk pemandu. Ngeri weh. Separuh nyawa tahan nafas sepanjang perjalanan.” Ciap warganet

via Twitter

“1. Pemandu Grab ajak saya pusing-pusing Kuala Lumpur *naik percuma sebab dia suka borak dengan perempuan utara. 2. Pemandu Grab peramah sangat, masuk-masuk terus borak kecil buka cerita pasal dia dalam proses nak bercerai. Ajak saya balik Penang sama-sama? 3. Pemandu Maxim WhatsApp pagi-pagi buta ajak pergi Genting.”

“Sebagai penumpang, naik InDriver. Dapat seorang pakcik ni baik je pesan macam abah-abah bercerita apa semua. Topik akhir pasal anak dia, tiba pula kata ‘anak pakcik baya-baya awak lah, pakcik tengok cara awak pun sesuai nak jadi menantu pakcik’. Apa” Ciap mereka

via Twitter

Macam-macam kisah di sebalik ‘e-hailing’ ni ya!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: e-hailinggrabteksiuber
Share283Tweet177SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

[VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”
Personaliti

[VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Siapa Sangka, Petaling Street Di ‘Spy’ Oleh Amerika Syarikat. Dakwa Pihak Berkuasa Tempatan Tak Proaktif?
Jalan-Jalan

Siapa Sangka, Petaling Street Di ‘Spy’ Oleh Amerika Syarikat. Dakwa Pihak Berkuasa Tempatan Tak Proaktif?

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Meer Nash Menari Di Jalan Raya Tapi Diva AA Jadi Fokus Netizen?
Selebriti

Meer Nash Menari Di Jalan Raya Tapi Diva AA Jadi Fokus Netizen?

by Mas Ayu
January 31, 2023
Peminat Siti Nurhaliza Minta Maaf, Tak Sensitif Panggil ‘Kel*ng’ Di Konsert Ar Rahman
Lokal

Peminat Siti Nurhaliza Minta Maaf, Tak Sensitif Panggil ‘Kel*ng’ Di Konsert Ar Rahman

by Mas Ayu
January 30, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  3. 3

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  4. 4

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

  5. 5

    “Janji Jangan Ambil Hak Orang”- Bekas Isteri Pelawak Chot Titip Ucapan Buat Nad Zainal

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan