• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Viral

“Nanti Kata Tak Di Jemput”- Ada Yang Persoal Orang Malaysia Kahwin Jemputan Ramai?

Jemputan tetamu majlis kahwin di Malaysia ramai berbanding negara barat, netizen kongsi pelbagai sebab menarik

by Puteri Alia
October 4, 2022
via Tatler Asia/The Smart Local

via Tatler Asia/The Smart Local

Share on Facebook

Tular baru-baru di media sosial di mana terdapat perbualan hangat dikalangan pengguna media sosial tentang jumlah jemputan tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan di Malaysia lebih ramai berbanding majlis yang diadakan di negara barat.

Berbincangan yang menarik ini mula tular gara-gara ciapan yang dikongsikan pempengaruh yang dikenali sebagai Abudi Alsagoff di laman Twitter.

“Nak tanya kawan-kawan semua, siapa tahu kenapa ya mesti jemput ramai-ramai?” Ciapnya

via Twitter Abudi Alsagoff

Netizen Kongsi 1001 Sebab Jemputan Ramai

Ciapan berkenaan menarik perhatian ramai pengguna media sosial di laman Twitter, rata-ratanya ramai berkongsi pelbagai pandangan peribadi masing-masing yang cukup menarik dan menghiburkan sesiapa yang membawanya.

“Mak ayah saudara ramai dan kebanyakkan mereka masa kenduri kahwin je boleh jumpa.”

“Satu salaman kalau RM20. 100 orang dah berapa? Kawan baik kalau salam RM5O. 10 kawan baik dah berapa?”

“Kalau tak jemput, makcik kampung nanti jaja cerita.. Kedekut lah, kahwin paksa lah, apa lah.. Mentaliti makcik pakcik kampung sekarang kan.” Ciap warganet

via Twitter

“Nak jaga hati sanak saudara, kawan apa bagai. Nanti kata tak dijemput hahaha.”

“Ibubapa ada ramai kawan. Kawan ayah pun ramai dari yang zaman tadika sampai zaman kerja. Campur kawan mak lagi lah. Dengan saudara-mara, sepupu sepapat. Silap-silap buat kenduri tiga hari dua malam. Kalau tak jemput dia orang takut terasa pula.”

“Sebenarnya kita jemput seorang je, kemudian yang orang di jemput tu bawa lah ahli keluarga. Memang lah makin ramai.” Ciap mereka

via Twitter

“Sebab kos kahwin memang banyak belanja, jadi nak cover balik jemput orang ramai-ramai.”

“Ikutlah kemampuan.. Seronok je buat kenduri jemput ramai-ramai. Yang penting niat kena betul nak belanja orang makan. Berhabis ke makanan tak apa juga.”

“500 kad tu termasuk kawan-kawan ibubapa sekali. Sama lah niatnya. Ibubapa pun nak jumpa kawan-kawan lama. Ia bukan ‘mesti’ pun, cuma nak jemput atau tak je. Sekadar pandangan peribadi.” Ciap mereka lagi

via Twitter

Mana bagus buat majlis kahwin dengan jemputan tetamu yang ramai atau sebaliknya, cukup sekadar dihadiri dengan ahli keluarga dan rakan karib?

JemputanMajlis KahwinTetamu
https://lomp.at/hjhez
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Viral

Penggemar Video Sundal Gelarkan Tertuduh, ‘Daddy Ash’ Sebagai Sifu, – “Bagi Tips Mahaguru”

by Zaidin Albert
January 26, 2024

Tertuduh yang dikenali dengan nama 'Daddy Ash' atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 merupakan individu yang di...

Read moreDetails
Lokal

100% Wajah Sama Dengan Artis, Kembar Pakya Sepahtu Merupakan Seorang Pengetua Sekolah

by Puteri Alia
April 7, 2023

Wajah pelanduk dua serupa dalam kalangan selebriti tanah air ini bukanlah satu hal yang pelik lagi, bahkan ada yang hampir...

Read moreDetails
Viral

[VIDEO] Sesuci Lebaran Di Kelab Malam..-“Pening Nak Happy Ke Nak Sedih?”

by Jash Lee
April 26, 2023

Pejam celik pejam celik, raya sudah menjelma. Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan begitu meriah, bukan sahaja di Malaysia...

Read moreDetails
Viral

Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

by Jash Lee
September 12, 2023

Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey masih hangat lagi dibincangkan sehingga ke hari...

Read moreDetails
Spotlight

Keluarga Ghazali Menang Besar, Rangkul Juara

by Ayu Kamaruddin
December 8, 2025

Keluarga Ghazali sekali lagi membuktikan dominasi mereka dalam arena Muay Thai apabila dua beradik, Elias Ghazali bin Zulfikar atau lebih...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore