Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ada Yang Tegur Baju Kebaya Ketat, Rozita Ibrahim Tunjuk Mesej Pandangan Ustaz!

Sering kali menerima teguran tentang busana yang dipakai ketat, Rozita minta pandangan dari ustaz

by Puteri Alia
October 7, 2022
via Instagram Rozita Ibrahim

via Instagram Rozita Ibrahim

Share on Facebook

Pengasas jamu Sendayu Tinggi, Ratu Malaya dan Rumah Hutan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda Rozita memuatnaik satu perkongsian di Instagramnya bagi menjawab teguran warganet tentang isu menggayakan pakaian ketat.

Minta Pandangan Ustaz

Gara-gara memuatnaik gambar mengenakan baju kebaya berwana maroon di media sosialnya baru-baru ini, Rozita menerima teguran dari warganet tentang baju yang dipakainya itu kelihatan ketat pada pandangan mata segelintir individu.

Tidak mahu isu tersebut menjadi panjang, Rozita memuatnaik hantaran yang baru dan memaparkan tangkap layar mesej perbualannya bersama ustaz Md Isa.

“Salam ustaz. Ni ketat ke,” Soal Rozita

“Macam okay je.” Jawab ustaz

Meski telah mendapat jawapan balas tentang baju yang dipakainya, Rozita mengajukan pertanyaan buat kali kedua bagi mendapatkan kepastian.

“Baju bagaimana ustaz, ketat (fit) ke tidak. Ada orang komen ketat..?? Pada saya ia sangat longgar sebab saya sangat kurus – baju dekat pinggang saya 4 ke 6 inci longgar. Adakah tak cukup longgar..??” Mesejnya

“Kalau puan hajjah rasa longgar, okaylah tu.” Balas ustaz

via Instagram Rozita Ibrahim

Bukan Kebaya Ketat

Melihat pula pada coretan yang ditulis Rozita pada muatnaik tersebut, usahawan kosmetik ini dengan tegas mengatakan bahawa pakaian yang dipakainya itu tidak ketat sebaliknya sangat longgar.

“Saya dah tanya ustaz. Saya tak mampu nak jawab semua soalan atau memuaskan hati semua orang..!! Ni bukan kebaya ketat.” Coretnya tegas

via Instagram Rozita Ibrahim

Dalam entri terakhir penulisannya, usahawan kosmetik ini berharap dengan penjelasan dan maklum balas dari guru agama ini dapat menjawab pertanyaan segelintir individu yang mendakwa pakaian yang dipakainya ketat. Apa pandangan anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kebaya Ketatrozita ibrahim
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara