Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Diana Amir Kejadian Istimewa Masa Sambut Hari Lahir Suami?

Perkongsian Diana membuatkan netizen berasa kagum

by Puteri Alia
October 11, 2022
via Instagram Diana Amir

via Instagram Diana Amir

80
KONGSIAN
Share on Facebook

Selebriti dan juga aktivis, Diana Amir memuat naik satu perkongsian yang menarik di Instagram miliknya baru-baru ini.

Pemilik nama Nurdiyana Amir Hashim ini berkongsi kisah tentang kejadian yang berlaku, sewaktu menyambut hari lahir suaminya.

Jam Azan

Diana mendedahkan, dia telah membeli seutas jam tangan yang boleh membunyikan azan ketika sampai waktu (jam azan).

Namun apa yang menarik dalam coretan yang ditulisnya adalah, Diana mengatakan suaminya juga membeli jam yang sama di Madinah tetapi tertinggal di dalam kapal terbang.

“Nak kongsi sesuatu yang ringkas tetapi bagi saya MashaAllah..

Suami ada beli jam azan di Madinah, tapi dia tertinggal dalam kapal terbang sebab dia pegang (handcarry) jam tu.

Pendekkan cerita, kami balik rumah daripada lapangan terbang, sambut hari lahir dia dan masa dia buka hadiah. MashaAllah, hadiah hari lahir yang saya beli untuk dia tahun ni, ialah.. Jam azan!

Jadi bila dia buka bungkusan, dia cerita”saya beli sebenarnya di Madinah tapi saya tertinggal dalam kapal terbang.” MashaAllah.. Allah gantikan dalam masa yang sangat singkat.” Coretnya

via Instagram Diana Amir

Perkongsian Diana mendapat pelbagai reaksi dan komen warganet, rata-rata tumpang gembira kerana dengan aturan Allah SWT, suami Diana maish boleh memiliki jam azan seperti yang dimahukan. Dalam pada itu, warganet juga menitipkan ucapan serta doa buat pasangan suami isteri itu.

“MasyaAllah.. Semoga kasih sayang dan cinta kalian hingga ke jannah. Sungguh terinspirasi.”

“Aturan Allah buat zauj awak lupa, sebab hadiah dari awak lagi bermakna. Kasih isteri buat suami.”

“Wah, mashaAllah.” Komen mereka

via Instagram Diana Amir

“@dianaamir MasyaAllah. Alhamdulillah.”

“TabarakaAllah. Alhamdulillah. Selamat bertambah umur dan bertambah keimanan @mohdhabibbullah26. Semoga sentiasa berbahagia dunia akhirat kau orang @dianaamir.”

“Alhamdulillah.” Komen warganet

Sekadar info, Diana Amir telah mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta, Mohd Habibullah A Rahman pada 25 Oktober 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra, dan Muhammad Khalid Al Habib.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Diana Amir
https://lomp.at/bbjkx
Share32Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem