• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Viral

Ada Bilal Lain Yang Lebih Perlukan Perhatian, Adik Bilal Ini Menderita Pikul Beban 28kg

by Rory Kim
October 14, 2022
Share on Facebook

Bukan Bilal itu sahaja yang perlu menjadi perhatian ramai. Adik Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar atau lebih mesra dipanggil Bilal ini juga perlukan perhatian rakyat Malaysia.

Bilal menghidap penyakit Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala berikutan penyakitnya semakin kronik dan kini berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram, lapor Metro.

Perlukan Penjagaan Rapi

VIA Harian Metro

Menurut bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, penyakit yang dihidapi anaknya yang berumur dua tahun itu semakin membesar sehingga kini sudah mencecah berat 28 kilogram.  Dia dan isteri terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Bilal walaupun mereka mengalami krisis kewangan dan kini mereka hanya menjual barangan sejuk beku untuk menampung kehidupan mereka.

Saya pernah bekerja sebagai tukang rumah manakala isteri pembantu di klinik pakar kulit. Bagaimanapun kami terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal lahir.”Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku namun pendapatan kini agak teruk dan adakalanya tidak cukup. – Kata bapanya

Mereka akui mereka juga pernah menjual barangan peribadi dan barang rumah untuk membeli barangan keperluan kerana mereka malu untuk meminta sumbangan.

“Kami sampai ke tahap jual barangan peribadi dan barang rumah untuk dapat duit kerana malu untuk minta sumbangan orang.

Terima kasih Kepada Yang Menyumbang

Azhar mengucapkan terima kasih kepada individu yang pernah menyumbang kepada keluarga mereka dan prihatin dengan keadaan Bilal dan secara langsung telah meringankan beban keluarga mereka.

“Terima kasih sangat saya ucapkan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.

Namun, dia berasa amat kesal kerana ada juga yang mengambil kesempatan di atas penderitaan anaknya itu yang menjadi scammer dan menyalahgunakan gambar anaknya.

“Cuma saya kesal apabila ada scammer (sindiket penipuan) ambil kesempatan menyalahgunakan gambar hingga tiada lagi yang menziarahi Bilal kerana menyangka dia sudah meninggal dunia.- katanya

Murai My amat bersimpati dengan penderitaan yang dilalui oleh keluarga Bilal. Semoga keluarga Bilal terus tabah dan kuat dalam mengharungi ujian ini.

Untuk yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank CIMB milik Azhar, 7047468689.

Bilal
https://lomp.at/5vch5
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Hollywood

Brad Pitt ‘Ganti Wajah’ Watak Ikonik Léon, Video AI Ini Cetus Debat Panas Netizen

by Iffah Najwa
December 25, 2025

Satu video janaan kecerdasan buatan (AI) yang tular baru-baru ini di platform X kembali menghidupkan perbincangan hangat mengenai had sebenar...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  2. 2

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  3. 3

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  4. 4

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

  5. 5

    Iftar Atas Air: Rasai Pengalaman Berbuka Puasa Unik Dalam Crystal Dome, Tasik Titiwangsa!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore