• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Tahniah! Lee Chong Wei Buat Penampilan Sulung Di Madame Tussauds Singapura

by Aphit J.
October 16, 2022
Share on Facebook

Sekian lama ditunggu-tunggu sejak pengumuman rasmi pada 2020, Madame Tussauds Singapura akhirnya melancarkan patung lilin bekas pemain badminton No.1 dunia, Lee Chong Wei.

Pengukuran Selama 6 Jam

via Madame Tussauds Singapura

Pada November 2019, pasukan Madame Tussauds telah mengambil 200 ukuran atlet ikonik itu secara teliti dalam satu sesi pengukuran badan yang berlangsung selama enam jam.

Setelah mengharungi dua tahun penuh dengan pancaroba, Madame Tussauds Singapura akhirnya mempersembahkan patung lilin Lee Chong Wei kepada para peminat di Asia Tenggara sebelum ia diabadikan di ‘kediaman tetap’ di Hong Kong.

Menyumbangkan Jersi Terakhir Olimpik

via Madame Tussauds Singapura

Peminat tentunya akan teruja dengan peluang bergambar bersama patung lilin yang betul-betul seiras dengan jaguh badminton itu.

Malah, Lee Chong Wei juga tidak sabar berkongsikan kepada seluruh peminat dunia. Malah, beliau telah menyumbangkan jersi rasminya daripada persembahan terakhir Olimpik di Rio 2016, sekali gus menjadikan patung lilin itu lebih istimewa lagi.

Pertama Kali Mempamerkan Lee Chong Wei

via Madame Tussauds Singapura

Steven Chung, Pengurus Besar, Madame Tussauds Singapura turut berbangga berkesempatan menjadi tuan rumah kepada patung lilin Lee Chong Wei.

Selain itu, ini merupakan Madame Tussauds pertama yang mempamerkan Lee Chong Wei, salah seorang figura tersohor di rantau ini, sebaris dengan gergasi-gergasi dalam ‘Dewan Kemasyhuran Sukan’.

Madame Tussauds Singapura dengan sukacitanya mengumumkan Malaysia Airlines dan Firely sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan rasmi untuk pelancaran ini.

Peminat yang ingin menyaksikan patung lilin Lee Chong Wei boleh melayari laman sesawang Madame Tussauds Singapore di www.madametussauds.com/singapore untuk membeli tiket tarikan pelancongan sebelum ia berlepas ke Madame Tussauds Hong Kong pada suku pertama 2023 untuk paparan kekal.

Datuk Lee Chong WeiMadame Tussauds Singapura
https://lomp.at/4jpq7
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    Fenomena ‘Reseller’ Di Kedai Barangan Terpakai Cetus Rasa Tidak Selesa Pengunjung

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore