Wednesday, June 25, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Charms Jalin Kerjasama Strategik Lakukan R&D Bersama UTHM, Pilih Heliza Sebagai ‘Face Off’

by Phic ARMAN
October 17, 2022
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketua Pegawai Eksekutif­nya Charms Cosmetic Skincare (Charms), Nur Bashirah Hussin, 38 akui tidak terus selesa dengan apa yang dimiliki.

Sedekad di pasaran, Nur Bashirah terus memperbaiki kekurangan dan menambah baik kualiti produk dipasarkan, dengan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak Jun tahun lalu.

R&D itu diperkasakan dengan kerjasama strategik dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh di Johor dengan membabitkan kos peralatan dan mesin melebihi RM5 juta.

Katanya usaha dilakukan sebagai jaminan untuk terus menghasilkan produk berkualiti dan halal yang boleh digunakan tanpa was-was.

“Ia seiring dengan tagline kami, Dulu Yakin, Kini Lebih Yakin. Produk kami sah diuji secara saintifik dan dermatologi. R&D dibuat ke atas produk ini dalam usaha memberikan pengguna nikmat yang efektif, selamat dengan penggunaan kandungan bahan berimpak tinggi.

“Alhamdulillah sejak Khamis lalu juga, kami dalam fasa perbincangan menjadikan makmal UTHM sebagai makmal rasmi Charms.

“Kami berharap kerjasama strategik ini akan menjadi permulaan, penanda aras dan contoh yang baik untuk diri sendiri serta rakan pengusaha produk lain,” kata graduan Ijazah Sarjana Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ini.

Kata Nur Bashirah lagi, R&D dilakukan khusus kepada anti penuaan, komposisi bahan kimia dan pengesahan status halal ke atas produk dihasilkan. Katanya, majlis perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) bersama UTHM itu dilakukan Januari lalu.

“Biarpun kos R&D ini bukan calang-calang jumlahnya, tetapi kami tidak boleh berkompromi dalam hal produk yang digunakan pelanggan. Ia seiring dan jelas dengan visi kami terhadap kepuasan pelanggan. Jadi kita buat bersungguh-sungguh.

“Penambahbaikan formula sedia ada atau baharu ini sentiasa menjadi garis panduan untuk kami.

“Proses R&D ini juga melengkapi usaha pengeluar produk seperti saya. Ia harus ada sampel dan mengikuti prosedur betul termasuk ujian pensampelan yang kebanyakannya diuji secara klinikal,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah wakilan atau face off

Serentak mengalu-alukan kejayaan R&D diusahakan, jenama ini turut memilih ikon dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah wakilan atau face off bagi produk Hydra Fresh Tin­ted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50.

“Seiring dengan imej muslimah dipamerkan Heliza, kita mahu menambah keyakinan pelanggan termasuk dari status halalnya.

“Heliza memikul tanggungjawab berkenaan selama enam bulan sejak Julai lalu,” katanya.

Jenama beribu pejabat di Pusat Komersil TSB, Shah Alam itu juga sedang menyusun strategi untuk menembusi negara jiran khususnya ke Indonesia sebagai usaha untuk mengembangkan penguasaan pasaran ke peringkat antarabangsa.

Charms yang berada di pasaran sejak 2012 dengan tawaran 10 jenis produk di pasaran itu kini memiliki 13,000 ejen di seluruh negara.

Untuk lebih lanjut boleh ke pautan beacons.ai/charmscosmeticskincare/

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Charms Cosmetic Skincare (Charms)Nur Bashirah Hussin
https://lomp.at/3y2tn
Share6Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  4. 4

    Charms Jalin Kerjasama Strategik Lakukan R&D Bersama UTHM, Pilih Heliza Sebagai ‘Face Off’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem