Tuesday, June 17, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

Viral Di TikTok! Rupanya Konjac Jelly Bahaya Kepada Kanak-Kanak. Risiko Boleh Bawa Kematian?

by Haz Haan
October 20, 2022
Share on Facebook

Siapa tidak kenal dengan jenama makanan viral yang sedang hot seller di Tiktok. Ada yang beli berkotak-kotak disebabkan kelazatan dan kemanisan pada makanan tersebut. Konjac Jelly yang datangnya dari Korea dan dipasarkan ke serata dunia. Konjac dikenali dengan nama keladi gajah dan ia tumbuh dengan subur di beberapa negara Asia seperti Korea, China dan juga Jepun.

Via Healthnews

Konjac mempunyai beberapa khasiat kepada tubuh badan manusia kerana ia amat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat disebabkan kandungan kalorinya yang amat rendah. Namun, pengambilan makanan ringan dan makanan segera secara berlebihan bukan sahaja membawa keburukan kepada tubuh badan tetapi turut memberi impak kepada pertumbuhan seseorang individu terutama kanak-kanak.

Namun, apa penyebab Konjac ini boleh mengakibatkan kematian terutamanya kalangan kanak-kanak?

Menurut sumber , seorang pengguna TikTok iaitu @miss pharmacist mendakwa makanan ringan konjac jelly tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana ia bersifat sangat kenyal dan menyebabkan ia sukar ditelan.

@miss.pharmacist

Replying to @Miss.Pharmacist hope this explains. Ramai yg dah jawab dgn betul pun. Kudos kepada semua yg tak bagi children makan konjac jelly ??

♬ Left and Right (feat. Jung Kook of BTS) [Galantis Remix] – Charlie Puth

Wanita itu turut mendakwa Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (US FDA) selain negara seperti Australia mengharamkan kemasukan bahan makanan berkenaan susulan laporan beberapa kes kematian.

“Bagaimana konjac jelly ini menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa ini adalah disebabkan struktur gelatin yang menyebabkan ia susah ditelan dan dikunyah dan ia juga tidak mudah dilarutkan ketika ia berada di dalam mulut.

“Ada bukti yang mengatakan konjac jelly ini boleh mengembang di dalam saluran pemakanan kita iaitu  esofagus sehingga ke usus kita. dan risiko untuk kita tercekik konjac jelly ini di usus meningkat apabila kita makan konjac jelly in tanpa (minum) air, kita sedut jelah, bukan kita telan dengan air pun,” jelasnya dalam video TikTok berkenaan.

Oleh itu, jangan disebabkan makanan itu viral, sudah lupa diri. Makanlah dengan kuantiti yang sederhana dan berhati-hati. Kesihatan diri perlu dijaga untuk jangka masa yang lama. Sayangilah diri anda dan keluarga.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Konjac Jellytiktok
https://lomp.at/6yqn0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Momen Penuh Emosi: Tunku Azizah Peluk Menantu Jadi Sorotan Warganet

  3. 3

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  4. 4

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem