• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Mydin Antara Syarikat Yang Mengalu-alukan Pekerja OKU, Kini Mempunyai 66 Orang

by Rory Kim
October 21, 2022
Share on Facebook

Baru-baru ini kecoh isu Caprice ingin menyaman Syarikat tersohor di Malaysia iaitu MYDIN Malaysia. Namun, terdapat satu tweet yang di muatnaik oleh seorang doktor mengenai kebajikan yang telah dilakukan oleh MYDIN yang ramai tidak tahu.

Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, mendedahkan di laman twitternya, @dr_chaku bahawa MYDIN Malaysia merupakan salah satu syarikat yang mengalu-alukan pekerja yang mempunyai masalah atau lebih sopan dipanggil OKU untuk bekerja di syarikatnya.

Pertimbangkan Ambil Pesakit OKU Bekerja

VIA Twitter @dr_chaku

Menerusi laman twitternya, Dr Kamarul mengatakan sewaktu dia bertugas di Jabatan Perubatan Rehabilitasi di hospital suatu ketika dahulu, dia pernah melaksanakan perkara yang agak unik yang mana dia akan menulis surat kepada syarikat-syarikat besar untuk mempertimbangkan pengambilan pesakit OKU untuk bekerja.

Semasa saya kerja di Jabatan Perubatan Rehabilitasi di hospital dulu, antara perkara unik kami lakukan adalah menulis surat kepada syarikat² besar untuk pertimbangkan ambil pesakit OKU kami untuk bekerja.- kata Dr

Menurut Kamarul, antara syarikat yang mempertimbangkan dan mengalukan pesakit OKU ini ialah MYDIN Malaysia

Antara yang sangat mengalukan pekerja OKU adalah @MydinMalaysia. – tulisnya

Beri Layanan Sama Rata

VIA Twitter @dr_chaku

Kamarul akui kerja yang dilakukan pekerja OKU sudah pasti akan berbeza dengan pekerja yang sihat oleh kerana faktor kesihatan mereka.

Ada beberapa pesakit yang saya usulkan bekerja di @MydinMalaysia, antaranya seorang pesakit serebral palsi. Beliau ada masalah pergerakan dan kognitif. Buat kerja memang perlahan kerana masalah kawalan motor kasar + halus, dan tak mampu menerima arahan yang bersiri (sequential)

Namun apa yang membuat beliau kagum dan hargai dengan pihak MYDIN ialah mereka sama sekali tidak memberi gaji yang murah kepada pesakit OKU malah gaji yang diberikan kepada mereka sama dengan pekerja biasa.

Tapi @MydinMalaysia ambil beliau bekerja dengan gaji yang sama dengan bekerja biasa. Saya sangat hargai. OKU perlukan kerja untuk meneruskan hidup. Pekerjaan adalah pendapatan, sebahagian ibadah, dan salah satu terapi. Namun tak semua majikan terima OKU.

Menurut laman twitter rasmi MYDIN, difahamkan, sehingga hari MYDIN mempunyai seramai 66 pekerja OKU.

“Kalau korang nak tahu, sehingga hari ini MYDIN dah ada seramai 66 staff OKU tau!”- tulis mereka

Sekadar info, MYDIN telah diasaskan pada Ogos 1957 oleh Pengasas Allahyarham Tuan Mydin Mohamed di Kota Bharu, Kelantan. Beliau membuka kedai pertamanya yang merupakan kedai papan kecil bernama Syarikat Mydin Mohamed di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan dengan menjual barangan mainan dan barangan am dengan wang hasil titik peluh sendiri.

mydin
https://lomp.at/9kw8u
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Flickr
LifeXplore

Bukan Sekadar Laut Biru, Ini Pilhan Makanan Terengganu Paling Sedap Dinikmati Di Pantai

by Iffah Najwa
January 1, 2026

Keindahan pantai di Terengganu sememanya sudah perlu dipertikaikan. Dari pasir putih hingga angin laut yang mendamaikan, negeri ini menawarkan pengalaman...

Read moreDetails
via Ai-Generated
LifeXplore

Keindahan Seni Bina Islam: 5 Masjid Ikonik di Malaysia

by Farah Fatihah
December 28, 2025

Malaysia bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian budaya dan alam semula jadi yang memukau, malah turut memiliki deretan masjid yang indah...

Read moreDetails
Budaya

Pantang Larang Ketika Tahun Baru Cina- No.4 Boleh Buat ‘Tuah’ Lari Sepanjang Tahun!

by Nurul A.
February 10, 2026

Tahun Baru Cina bukan sekadar reunion bersama keluarga dan rakan, dapat angpau atau main mercun. Tetapi bagi mereka yang menyambut...

Read moreDetails
Foto - Edisi 9
Budaya

Psst… Ada 5 Negeri Yang Tak Cuti Pada 1 Januari 2026 Nanti!

by Nurul A.
December 24, 2025

Rasanya anda boleh merancang cuti panjang bermula esok, Hari Krismas sehingga ke Tahun Baru 2026. Tapi tunggu dulu kerana tak...

Read moreDetails
via AI Generated
Jalan-Jalan

Kelip-Kelip Ada Di Terengganu? 5 Tempat Wajib Singgah Kalau Datang Terengganu!

by Farah Fatihah
December 27, 2025

Terengganu terus menjadi destinasi percutian pilihan ramai, terutama bagi mereka yang ingin seketika melarikan diri daripada kesibukan bandar. Keindahan pantainya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore