‘Fuhh Merecik’- Ramai Teruja Lihat Gambar Bayangan Kereta Proton S50

7.6k
KONGSIAN

Pada penghujung bulan Ogos yang lalu, agak heboh di media sosial apabila tersebarnya gambar sebuah kereta camouflage yang dikatakan merupakan model kereta  Proton yang baru iaitu S50.

VIA PANDULAJU

Kebiasaannya bila kereta camouflage berada di jalanraya bermaksud ia sedang diuji. Menurut laman Paultan, ia seperti Proton X50, model S50 ini juga diklasifikasikan sebagai kenderaan segmen B yang menggunakan enjin turbocharged tiga silinder 1.5 liter dan boleh mengeluarkan sehingga 177 PS dan 255 Nm tork.

Di laman twitter Jomkita, mereka telah berkongsi beberapa foto gambaran Proton S50 hasil suntingan dari pemilik FB The Ajerul. Dalam kenyataan di Facebook, The Ajerul menulis, model ini mampu menggantikan Proton Persona atau Prevé.

VIA FB THE AJERUL
VIA FB THE AJERUL
VIA FB THE AJERUL

Ramai Teruja Dengan Proton S50

Di ruangan komen, ramai yang teruja dengan gambar bayangan Proton S50 yang ternyata di idam-idamkan oleh rakyat Malaysia.

VIA FB The Ajerul
VIA Twitter JomKita

Sehingga artikel ini ditulis , tidak dipastikan lagi adakah benar adanya model terbaru dari Proton bernama S50 ataupun tidak. Kalau betul akan keluar model S50 ni, mesti ramai punyalah yang akan buat tempahan awal. Mewah sangat!

+1
1
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN