Penyanyi terkenal, Aina Abdul tampil pada program Meletop malam tadi mencuri perhatian ramai kerana gaun yang dipakai oleh penyanyi tersebut. Beliau semestinya terkenal dengan gaya gaun yang elegan, stylish dan outstanding punya gaun.
Gaun Merah Rekaan Daniel Zharif
Aina dilihat mengayakan persalinan gaun berwarna hitam yang bercorakan daun berwarna merah menyala yang menampakkan warna merah itu lebih menonjol dari warna hitam dan ia dinamakan sebagai Brocade Dress oleh pereka fesyen Daniel Zharif.
Selebriti Puji Gaun Yang Dipakai
Rata-rata artis tanah air memberi komen dan pujian kepada Aina dengan gaun yang dipakai kerana terlalu cantik dan sesuai dengannya penampilannya yang menampakkan sisi Aina Abdul. Tak terlepas jugak, netizen turut memberi kata-kata positif dan pujian kepada Aina kerana tampil dengan gaya yang sederhana tapi more elegant.
Sakadar info, Aina Abdul membuat persembahan dipentas Meletop dengan berduet dengan Amir Masdi dan mempromosikan konsert Night With Aina Abdul 2.0 di Astro First pada malam semalam.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.