Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Bunga Citra Lestari Nafi Tuduhan Hamil – “Hey I Eat You Know!”

by Arsiqin Yusof
November 10, 2022
104
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menafikan tuduhan yang mengatakan dia sedang hamil anak kepada penyanyi Ariel Noah seperti yang virak di media sosial baru-baru ini.

Sedih Jadi Mangsa Body Shaming

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Penyanyi lagu Ingkar itu menyifatkan tuduhan itu sebagai satu perbuatan ‘body shaming’ dek kerana bentuk perutnya yang sedikit membuncit daripada kebiasaan dalam video berkenaan.

“Saya sedih kerana jadi mangsa ‘body shaming’, Hey I eat you know!

“Okay, nak tengok? (tanya BCL sambil berdiri menunjukkan perutnya yang langsung tidak kelihatan seperti hamil), ianya tidaklah begitu kempis, biasalah manusia normal dan perut ibu-ibu yang suka makan tengah malam.

“Bukan semua orang faham tentang sudut gambar (angle), begitu juga dengan ‘bloating’ yang boleh berlaku, mungkin ketika datang bulan juga bentuk perut boleh berubah,” katanya.

BCL memberi pencerahan mengenai perkara itu selepas Majlis Sidang Media Konsertnya, Blossom Intimate Concert, di Kuala Lumpur Convention Centre petang semalam.

View this post on Instagram

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

Ariel Kawan Baik

Dalam pada itu, BCL juga kecewa apabila Ariel Noah dikaitkan dalam tuduhan tidak berasas itu kerana penyanyi itu adalah rakan baiknya sendiri.

“Dia rakan baik saya, netizen hanya suka buat gosip sekadar untuk hiburan.

“Dua ke tiga tahun lalu, saya hilang berat badan walaupun makan banyak, sekarang saya makan sama seperti dulu cuma berat badan saya naik.

“Saya berharap orang gembira lihat saya lebih segar, sihat dan gembira, kerana fasa-fasa berat (selepas pemergian suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair) sudah dilalui, ianya masih panjang cuma sekarang saya sudah semakin kuat,” katanya lagi.

BCL Blossom Intimate Concert merupakan konsert pertama penyanyi dari seberang itu di Malaysia.

Ia bakal berlangsung pada 27 Januari 2023, di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula 8.30 malam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
BCL: Eternal Love – Timeless Romance: Sebuah Persembahan Cinta yang Dinanti di Kuala Lumpur
BCLbunga citra lestari
https://lomp.at/u06ot
Share42Tweet26SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem