Walaupun dia bukanlah pencetus gaya serba hitam atau gothic; tetapi Wednesday Addams boleh dikatakan antara ikon fesyen yang sangat popular ketika ini.
Anak perempuan kepada Morticia dan Gomez dalam siri komedi Netflix “Wednesday”, mempunyai gaya signaturenya sendiri yang unik. Antaranya adalah pakaian serba hitam atau gothic, double braids (tocang), renungan Kubrick dan sikap yang sangat pelik tetapi manis.
Dibintangi oleh Jenna Ortega, siri komedi ini mengisahkan tentang Wednesday yang cuba menyelesaikan misteri menyelubungi sekolahnya iaitu Nevermore Academy.
Selain daripada tarian tangan awkward yang viral, tak dinafikan ramai yang obses dan mula nak ikut fesyen Wednesday Addams. Hanya mainkan satu warna dan gaya seakan-akan sama di setiap episod, ini yang kamu perlukan…
Custom pakaian seragam
Kalau kamu nak tahu, pakaian seragam sekolah Wednesday direka khas menggunakan fabrik rona kelabu dan hitam yang menampilkan jalur yang tidak sekata.
Untuk tiru OOTD Wednesday yang ini, gabungkan beberapa pakaian dalam almari kamu seperti:
- Pleated skirt hitam yang panjang
- Striped blazer
- Tie dan knitted vest
- Stokin panjang atau seluar ketat rona hitam
- Kemeja putih
- Loafer
Gaun Vintaj
Ketika scene di prom, Wednesday memakai gaun ruffle ala-ala vintaj yang sangat simple tapi menjadi yang paling stand out!
OOTD ini pula, kamu boleh pakai sama ada gaun ruffle atau mix and match tulle skirt dengan sheer button-up shirt. Jangan lupa pakai tali pinggan yang sesuai untuk pamerkan lekuk badan kamu!
Check Sweater
Kalau kamu perasan sepanjang siri ini, Wednesday sering tampil mengenakan cetakan check, sama ada sweater yang dipakai di dalam jaket atau vest yang dipadankan bersama turtleneck.
Saranan Cik Murai, kamu kenakan check sweater dalam saiz yang biasa atau stail crop. Dua-dua nampak stail!
Peter Pan Collar Dress
Rasanya gaun ini paling ikonik kerana bila sebut sahaja nama “Wednesday”, mesti ramai yang bayangkan watak ini memakai gaun ini kan? Peter Pan collar dress untuk siri ini direka dengan lebih terperinci apabila kolarnya dibuat lebih tajam.
Gayakan semula fesyen Wednesday ini dalam dua cara seperti:
- Gaun kolar Peter Pan dalam rona hitam, sama ada bercorak bunga seperti Wednesday, atau pun gantikannya dengan corak polka dot.
- Gaun bercorak dipakai di atas kemeja putih berkolar tajam.
Beg Satchel Hitam
Tak pernah tinggal beg satchel miliknya, Wednesday sentiasa membawa beg galasnya dalam rona yang sama seperti pakaiannya, hitam pekat. Dapatkan beg satchel dalam rona hitam yang seakan-akan sama dengan Wednesday seperti;
Lengkapkan gaya kamu dengan solekan seperti Wednesday, gaya rambutnya yang double braids dan renungan Kubrick yang tajam. Selamat mencuba!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.