Tanyalah mana-mana wanita, siapa saja yang suka pada perut buncit dan gemuk. Punyalah macam-macam cara dilakukan bagi nak membuang lemak-lemak pada perut, masih juga tak berjaya.
Okay, Cik Murai nak tanya, kamu jaga makan tak? Ke makan semua benda langsung tak kawal. Dah nampak silap dekat mana?
Selain pemakanan, kamu kena tahu juga beberapa teknik lain bagi menghapuskan perut di lemak. Tak susah, yang penting kena disiplin. Setiap hari ikut rutin ini, nescaya perut idaman seperti supermodel boleh dapat. Siap dengan abs lagi, barulah seksi.
Minumlah banyak air
Ya, paling asas tapi percayalah ramai yang tak suka minum air. Katanya rasa payau dan tidak mempunyai rasa membuatkan ramai jelak.
Tahukah kamu, mengambil jus untuk sarapan bukan kebiasaan yang sihat. Jus sarat dengan fruktosa cair, dan penggunaan harian ini boleh menyebabkan kenaikan lemak perut. Oleh itu, lebih sihat untuk memenuhi keperluan cecair dengan air dan bukannya jus.
Bersenam, bersenam, dan bersenam
Alasan tak bersenam sebab malas, penat bekerja dan tidak mempunyai masa. Tapi cuba luangkan sedikit dalam 10 ke 15 minit dengan senaman ringkas yang mudah, rasanya banyak video profesional boleh kamu tiru.
Senaman salah satu keadah terbaik untuk menurunkan berat badan. Nak tahu, melakukan senaman pada waktu pagi dapat menjadi sumber tenaga yang baik. Lebih-lebih lagi, menambahkan latihan ketahanan pada senaman pagi anda dapat membantu mengurangkan lemak perut.
Makan protein dan serat untuk sarapan
Kajian menunjukkan bahawa makan lebih banyak protein menyebabkan kekurangan lemak perut. Pastikan kamu memasukkan daging, ikan, telur, dan kacang ke dalam sarapan anda.
Selain itu, kajian lain menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan serat juga memberi kesan positif terhadap pembakaran lemak perut. Brokoli, alpukat, dan lain-lain adalah sumber serat yang baik untuk dimasukkan ke dalam makanan.
Aktif bergerak
Lagi pula kalau kamu yang seharian duduk bekerja, langsung tak bergerak, memanglah berisiko untuk penyakit datang.
Mungkin sekarang kamu tidak nampak komplikasi jika tidak bersenam atau aktif, tapi perhatikan diri sendiri, tengok perubahan. Kajian dari University of Georgia menunjukkan bahawa hanya berjalan 20 minit dan melakukan senaman aerobik 3 kali seminggu secara berkala dapat meningkatkan tenaga sebanyak 20%.
Cuba seminggu dan jadikan rutin, lihat perubahan diri… mesti rasa gembira.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.