Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

HABIB Buat Kejutan Untuk Pelanggan Setelah 30 Tahun Beroperasi Di Aeon Alpha Angle

by Phic ARMAN
December 10, 2022
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Jenama barangan kemas tempatan, HABIB, meraikan tahun yang bermakna ini dengan pembukaan semula bilik pameran di Aeon Alpha Angle pada hari Khamis yang lalu.

Cawangan ini telah dibuka sejak 30 tahun yang lalu, iaitu pada 24 April 1992 dengan keluasan sederhana bersaiz 474 kaki persegi.

Bilik pameran ini kemudian berpindah ke ruangan yang lebih luas bersaiz 959 kaki persegi pada Mac 2011 dan tahun ini (2022), menandakan detik bermakna buat HABIB yang telah berkembang selama 30 tahun di Alpha Angle.

Bagi menghargai sokongan pelanggan setia sejak dahulu lagi, HABIB menjadikan pengalaman membeli-belah yang selesa sebagai keutamaan di bilik pameran baharu
berkeluasan 2,253 kaki persegi ini.

Terletak berdekatan pintu masuk utama di Lot G25 & G26, bilik pameran ini menumpukan pada reka bentuk inovasi serta pengalaman pelanggan pada masa yang sama menitikberatkan rekaan sederhana.

Bermula daripada pemilihan material untuk setiap permukaan sehinggalah susun atur yang memberi inspirasi, rekaannya mengetengahkan elemen selesa dan mesra pelanggan. Jarak pada setiap kaunter juga lebih lapang dilengkapi kerusi yang utuh.

Ruangan santai dan tertutup turut disediakan di bilik pameran ini bagi menjamin keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan.

Sentiasa tampil dengan kelainan, HABIB komited dalam mengutamakan pengalaman membeli-belah barangan kemas di Malaysia bertaraf dunia, pada masa yang sama tetap mengekalkan identiti, kepercayaan dan
keselesaan, ciri istimewa jenama HABIB.

Menerapkan elemen moden kontemporari, motif tradisional songket Melayu diterjemahkan pada rekaan ‘feature wall’ bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap industri kraftangan yang menjadi salah satu identiti Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Berlatarbelakangkan gabungan rona warna ungu, ianya mewakili unsur kepelbagaian budaya di negara ini. Rona emas dan gangsa diaplikasikan pada logo adalah sebagai lambang identiti dan warisan yang menjadi pegangan jenama HABIB.

Rekaan ‘feature wall’ HABIB menerapkan motif tradisional songket Melayu Kebanyakan pelanggan mengunjungi HABIB untuk pelbagai tujuan seperti sambutan hari istimewa, meraikan pencapaian mahupun sekadar mencuci mata dengan barangan kemas yang menawan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti media sosial
HABIB di Instagram dan Tiktok (@habibjewelsofficial) serta Facebook (@habibjewels).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/lzdyo
Share10Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem